Nasiblah tak ada yg terkorban..Alhamdullia cuma cedera jer..Yelah angah takut sangat sebab kawan abah ada yg duk kat sana..Sumber info dari abah pagi nie keluarganya terselamat..alhamdulilla...
korang baca la....
inilah rupa pangsapuri tue..
Sumber harian metro
PETALING JAYA: “Seluruh bangunan pangsapuri 18 tingkat ini bergegar kuat seperti gempa bumi sejurus lif berkenaan terhempas jatuh diikuti dengan bunyi letupan,” kata salah seorang pelajar, Mohd Taqiuddin Ali, 15, yang kebetulan menunggu di hadapan pintu lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat sembilan pangsapuri berkenaan, semalam.
Menurutnya, dia yang tergamam dengan kejadian itu mampu mendengar bunyi jeritan dan rintihan mangsa yang ketika itu masih terperangkap di dalam lif.
Penduduk sedang menunjuk tidak puas hati
Pic from HM
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasang suami isteri dan dua pelajar cedera selepas lif dinaiki mereka untuk pulang ke unit rumah masing-masing terhempas di tingkat bawah Blok A, Pangsapuri Impian Baiduri.
“Ketika itu beberapa penghuni pangsapuri yang terkejut dengan bunyi dentuman itu segera turun sebelum berusaha mengumpil pintu lif berkenaan.
“Sebaik pintu lif terbabit dibuka, saya melihat beberapa mangsa bergelimpangan kesakitan dalam lif dan seorang pelajar sekolah perempuan terbaring tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurutnya, ketika itu, dia sempat melihat salah seorang mangsa adalah guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama yang dikenali sebagai Cikgu Zarina.
“Dia dipercayai patah pinggang didukung suaminya keluar dari lif, sebelum dibaringkan di lantai ruang legar di hadapan lif terbabit.
“Lelaki terbabit yang juga suami kepada Cikgu Zarina turut mendukung pelajar perempuan tingkatan satu bernama Azizah keluar. Keadaan menjadi kelam-kabut berikutan orang ramai berpusu-pusu melihat apa yang berlaku,” katanya.
Menurutnya, seorang lagi mangsa yang juga pelajar lelaki tingkatan dua turut patah pergelangan kaki.
pic from HM
“Tidak berapa lama kemudian ambulans dan jentera bomba dan penyelamat Petaling Jaya muncul sebelum semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Penduduk Pangsapuri Impian Baiduri, Tambi Chik Hassan, 45, berkata, kejadian lif rosak di pangsapuri Blok A kerap kali berlaku hingga menyukarkan kehidupan harian 1,000 penduduk.
Menurutnya, walaupun terdapat tiga lif di pangsapuri berkenaan, namun hanya dua lif berfungsi manakala satu lagi lif digunakan sebagai stor mengisi perkakas kontraktor.
“Bagaimanapun lif berkenaan kerap kali rosak walaupun pihak pemaju mendakwa ia baru diselenggara. Keadaan lif uzur berikutan lampu dan alat penghawa dinginnya tidak berfungsi.
“Sering kali lif berkenaan berhenti tanpa sebab mengakibatkan penduduk terperangkap di dalamnya. Lebih menakutkan apabila lif berkenaan kerap menggelungsur ke bawah secara mendadak menyebabkan pengguna di dalamnya ketakutan,” katanya.
Menurutnya, kejadian kemalangan yang hampir meragut empat nyawa penduduk pangsapuri itu kemuncak kepada kebimbangan yang selamanya menghantui penduduk.
“Saya kesal apa yang berlaku berikutan setiap rumah membayar hampir RM50 sebulan bagi kos penyelenggaraan pangsapuri terbabit. Malangnya hak kami diabaikan termasuk keselamatan anak kami,” katanya.
Menurutnya, kejadian terbabit dianggap pelik berikutan pihak pemaju mendakwa lif terbabit baru diselenggara lima hari lalu.
Sementara itu, keadaan menjadi panas apabila beberapa penduduk tidak dapat menahan sabar mengamuk dan meminta pemaju memberi jawapan bernas.
P/S: Hari ini last ganti pose yahuuuuuuuuuuu bestnyer dah merdeka.....Korang dah ganti ke???Emmm mesti sibuk ngan raya kan???????ingat benda yg wajib perlu di dahulukan...jgn tangguh2
35 Budak comei:
ishhh..mujur xde pape kn???tkot lak..moga xjd lg prkare y sme~
eh..ngeri la pulak berita ni...nasib baik tak ada yg nmelibatkan kematian,.
aini tue la seram kan???
Fiqas tue la mujurlah..aminnn
pehh.. seramnya!
salam..
ALLAH HU AKBAR...
Kesiannya..simpati..
nasib baik tiada yang
terbunuh...
macam mana le boleh jadi perkara ni
aduhai.. selalu tengok dalam tv ja nin bebetul nih aduh..
kuman "aku tewas .." Entry
terkejut jugak bile tahu tadi..
mujur lah kan..
uhuk2, jeles2 belum habis ganti lagi~
seb baik umah saya xde lif..tangga pon xde..hehe..kalu pi soping kompleks pun jrg2 naik lif..
takutnya..seb baik umah akak xde lif..tangga pun xde..hhee
takut nya jd gtu
ngeri.. huhu cam gerun lak nak naik lif
mr.noble seram kwang..kwang..kwang...
abg zul tue la kan???
sha angah pun tak tahu macam mana leh jadi
kuman tue la kan mmmmm
macy jeles ye hehehe tak pe gi cepat hehehe
sarah kalau tak ada guna la bas hehehhe
ali takut kan????
dini gerun kan???
ishhhh.. macam2... nasib baik xde y tkoran..
angah pkabo???
bengong depa ni main2 dgn nyawa org bila dah jadi camni baru semua nak gelabah...huhu
mmg dasat arr.. pasni kalu umah tkt 80 pun, beter gune tge..bior lmbt asal penattt..hehe
lya angah sihatt jer heheh lya sihat ke??? nasib kan??
posh sabar2 ye hehehe
curly hehehe kelakar la... hehehe
minta jauh le benda2 mcm ni dr kita.kdg2 umah kite mmg la takde lif, tp bila pergi rumah org, or ke pejabat, menghadap jugak.aduhaii
YA ALLAH..seramnya...mmg kalau naik lif, benda camni la paling takut...pernah 2 kali mimpi lif jatuh..adui
rasanya lps ni sy xkn naik lif dh..
kesian mamat tu..kalau dia duduk ..o.k kot..ni mesti dia berdiri time terhempas tu
New Entry "Nasihat Kepada Cikgu Shida's"
takotnye nak naik lif yang bertingkat2 tingginya...
nasib baik tak makan nyawa...
tapi kesian cikgu tu...
Angah, lif tu takde brek kecemasan ke??
skang semua lif mmg kena ada, sbb takut jadi hal camni laa..
hm, mesti fobia yg kat dalam lif tu, kan??
after dgr citer ni, nak naik lif jadi takut...huhu
singgah..melawat.. menjenguk dan komen hehe.. best cerita
Post a Comment