Wednesday, February 9, 2011

~ PeRcuTian 15 SeKeLuarGa BerTukAr MalAng ~

Korang layan nie dulu la ye...............Kejap lagi angah kuar kan n3 lagi ye...


IPOH: Kegembiraan 15 sekeluarga menyambut Tahun Baru Cina di Pulau Pangkor bertukar malang apabila mereka dibelasah dengan kayu oleh 11 lelaki dipercayai mabuk, hanya kerana menegur perbuatan seorang ahli kumpulan itu memercikkan air sehingga terkena salah seorang ahli keluarga malang itu. 

Dalam kejadian Jumaat lalu, Chiew Soon Chye, 51, patah tangan kiri serta dirawat di Pusat Pakar Seri Manjung dan hanya dibenarkan keluar pagi semalam.

Seorang rakan keluarga itu, K Ganesan, 25, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) pula parah di kepala sehingga menerima tiga jahitan selain cedera di leher.
Wakil keluarga itu, Daniel Chiew, 25, berkata kumpulan lelaki terbabit memukul semua anggota keluarganya termasuk isterinya, R Lilavathy, 25; ibu, kakak ipar dan adik perempuannya sehingga mereka mengalami lebam di seluruh badan. 


Katanya, mereka yang cedera menerima rawatan pesakit luar di Hospital Seri Manjung, kecuali empat kanak-kanak dan seorang bayi yang turut sama dalam rombongan itu. 


Sebelum itu, Daniel bersama ahli keluarga lain serta kenalan dari Sitiawan, tiba di Pulau Pangkor, pada tengahari sebelum menyewa bot untuk mengelilingi tujuh pulau sekitar Pulau Pangkor. 


Katanya, selepas mengelilingi lima pulau, pada jam 2.30 petang, mereka ditinggalkan di Pulau Monkey Bay dan pemandu bot mengatakan akan kembali semula sejam kemudian untuk mengambil mereka. 
Beliau berkata, ketika mereka sekeluarga menghabiskan masa di pulau itu, sekumpulan 11 lelaki Cina sedang minum minuman keras di kawasan berhampiran yang mana seorang daripadanya memandu bot dengan sengaja menggunakan enjin bot itu memercikkan air ke arah rakannya yang berada di pantai dan ia turut terkena bapanya, Soon Chye. 


“Selepas ditegur abang ipar, pemandu bot terbabit menerpa bapa dan tidak semena-mena dia menumbuk bapa saya menyebabkan abang saya, Ismail menolak lelaki itu ke tanah sehingga luka di kepala. 


“Kami sekeluarga diselamatkan pengusaha bot lain yang turut membawa kami menerima rawatan di sebuah klinik berhampiran, manakala saya dan Ismail pergi membuat laporan polis,” katanya ketika menghubungi Berita Harian, di sini, semalam. 


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Shaharuddin Abdullah, berkata siasatan kes berkenaan dibuat mengikut Seksyen 184 Kanun Keseksaan kerana rusuhan dan polis belum menahan sesiapa kerana kedua-dua pihak mengalami kecederaan serta membuat laporan polis.


from berita harian


7 Budak comei:

☆ lieya latif ☆ said...

eiii takut jek...tak pasal2 jadi mangse pukul....mabuk2 ni bukan boleh pikir waras...main sedap jek die belasah org....

Myra Jay said...

Kesian diorang, mesti pasni fobia nak p bercuti @ fobia tgk org mabuk.. naya je..

Ellen said...

hai angah...ellen tak leh tinggal jejak la kat sini..geram gak..huhu..sebab shout box angah tu kat bawah sangat kalo lappy kecik cam ellen memang tak leh buka...so angah jangan sangka ellen tak dtg plak ya...hehe..

OLick SyaSya said...

omg..kesian nye..

makdara TERdiva said...

ayoyo!... :D

ardinihumaira said...

isk..
tu la.. orang Islam jangan duk minum air setan tu eyyy... punah ranap nanti

Cma Shiema said...

hmm~~

Related Posts with Thumbnails