Monday, June 14, 2010

~ PeLaKoN KoMeDi & MaCaM2 KiSaH ArTis ZaMaN KiNi ~

Semalam angah on the way dari kajang tetiba angah terdengar berita dari radio yg menyatakan bahawa seorang artis komedi terkenal tanah air lingkungan 40-an di tahan atas sebab pengaruhan dadah..Emmm dengar jer yg seorang artis atas pengaruhan dadah angah dah mula suspek macam tahu siapa gerangan artis tersebut..jadi korang bole la baca artikal nie 

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon komedi dan lima rakannya kerana disyaki mengambil dadah dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini, semalam.
Difahamkan, pelakon komedi berusia 41 tahun itu diberkas bersama lima rakannya termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an ketika di bawah pengaruh dadah oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati mereka semua positif dadah.
Difahamkan, dalam serbuan jam 10 malam itu polis turut merampas beberapa gram daun kering dipercayai ganja.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, ketika mengesahkan penahanan itu berkata pelakon terbabit bersama rakannya ditahan hasil maklumat awam dan risikan.
“Kita percaya dadah itu untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk diedarkan berikutan jumlahnya yang kecil. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan,” katanya.
Beliau berkata mereka kini direman sehingga 16 Jun untuk membantu siasatan. 
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Justeru, saya memohon orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya





gambar dari goggle berita harian

Korang pun macam tak percaya kan?? sebenarnya amgah tahu serba sedikit ceritanya cuma angah malas nak mengaibkan ceritanya di dalam blog angah nie nanti tak pasal2 angah kena saman @ naik mahkamah Woooo den tak ada duit nak turun naik mahkamah tau... Malahan nak bayar saman berjuta2 pun tak ada So lebih baik angah senyap jer kan??????
Apa nak jadilah zaman sekarang nie macam2 hal tentang artis zaman sekarang nie.Cuba kita renungkan zaman Arwahyarham P.Ramli ada tak macam sekarang???? Sedangkan mereka punya filem lagi vogue.. vogue..& ada penghayatan..Renung??renungkan???

15 Budak comei:

LYaFRINA said...

ish..ish..ish.. abg ahpek.. cicakman kita..
superhero apakah itew??

AngahSayang2314 said...

Lyafrina: Shutttttt..shuttttt jgn bising2 nanti angah kena...

pawaka19 said...

ptt badan dia kurus keding je..sebelom ni ada kes 1 video..ni da ternyata benar.

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Barangan Pelik Hanya Terdapat Di Pasaraya Negara China"

Yan said...

ermm no komen.. hehe..

Yana@Nana said...

sape tu ?? btul2 kak jgn cr pasal..
kang tak pasal2 kang
heheh

eyemeroll said...

biar betik ni....

AngahSayang2314 said...

pawaka: akak tak nak cakap banyak bahaya

AngahSayang2314 said...

yan: sama la no comment

AngahSayang2314 said...

yana tahu tak pe dah tahu diam aja kannnn

AngahSayang2314 said...

eye:eh memang betik pun huhuuu

Mama Zharfan said...

salam ziarah..me blogwalking :) nice blog :)

Yana@Nana said...

salam kak.. N3 tuk kereta tak dpt nak Update lah.. tak apa Mingu Ni ADA LG kalu yana JOIN YANA akn update tau..

AngahSayang2314 said...

mama zharfan : thanks singgah

AngahSayang2314 said...

yana: ok nanti akak tunggu ye

annfrendly said...

angah.. ann betul2 tak sangka.. dalam paper dah terang2 sebut namanya... isk2... tapi kesian gak kat dia.. mase kecik dulu dia kene halau gan bapak dia... family dia sekampung gan ann.. maybe dia alami tekanan dari kecik dats y dia jadi camni... sayanglah.. ann suke sangat tengok citer yang dia berlakon sebab dia pandai wat lawak. moga dia insaf lepasni :(

Related Posts with Thumbnails