gambar dari BH
Angah memang minat dia berlakon sebab dia punya suara unik...
Bienda masih perlukan keluarga jadi penasihat untuk perkahwinannya
PERTEMUAN dengan Bienda yang diatur untuk sesi temu bual dan fotografi ini sepatut dapat bermula dan diselesaikan dengan lebih awal. Bagaimanapun, ia menjadi agak lewat kerana Bienda kurang sihat.
Dia hampir membatalkan sesi ini pada saat akhir tetapi mengenangkan sudah berjanji, Bienda tetap mengotakan janjinya itu bagi tidak menghampakan harapan Hip yang mahu merakamkan gambarnya dalam persalinan pengantin. Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 25, kini sedang menghitung hari bergelar isteri. Bulan depan, dia dan jejaka yang sudah dikenali tiga tahun lalu bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri. Bila tarikh pernikahan serta lokasi yang bakal menjadi detik keramat kepada dua hati ini, masih menjadi rahsia mereka. Bienda hanya memaklumkan kepada media pada majlis persandingannya yang berlangsung pada 8 Oktober di Selayang, Selangor nanti.
Kelihatan tenang tanpa, anak kedua daripada tiga beradik ini mengakui tidak sabar untuk menjadi isteri. Tidak seperti wanita lain yang berdebar menantikan hari bahagia mereka, Bienda pula berdebar memperkenalkan calon suaminya buat pertama kali kepada khalayak.
Biarpun masih muda, Bienda tidak gentar memikul tanggungjawab berumahtangga. Namun, terlebih dulu nasihat daripada ibunya Sheeda yang pernah melalui jatuh bangun dalam episod rumah tangga dijadikan panduan artis kelahiran Kelantan ini.
Memang mama adalah penasihat Bienda kerana pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga. Mama selalu nasihatkan Bienda dari segi kesabaran. Paling penting katanya, dalam hubungan rumah tangga perlu ada kesabaran kerana mama tahu Bienda jenis cepat marah, katanya yang bakal menggayakan tema Arab serta Bollywood pada majlis persandingan di sebelah keluarganya.
Bienda juga ternyata beruntung apabila banyak pihak sudi menghulurkan tajaan pada hari istimewanya. Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia serta bakal suami tidak mengeluarkan belanja satu sen pun untuk majlis perkahwinannya.
Katanya, dia masih perlu mengeluarkan wang. Malah mereka sudah mula menyimpan dan membuat persiapan sedikit demi sedikit untuk tidak menyusahkan keluarga.
Bienda memang tak harapkan bantuan kewangan dari mama, kerana tak mahu menyusahkan dia. Bienda faham mama pun ada keluarga sendiri, sebab itu sejak merancang untuk berkahwin, Bienda dan bakal suami sudah mula menyimpan.
Bagaimanapun, ini bukan bermakna Bienda mengetepikan mama dalam soal persiapan perkahwinan. Bienda masih merujuk pada mama terutama, soal menguruskan tetamu untuk diundang ke majlis kami nanti. Mama sudah bersusah payah membesarkan Bienda, kalau boleh Bienda tak mahu menyusahkan dia. Kami bukannya berasal dari keluarga senang, jadi sejak membuat perancangan berkahwin, Bienda memang bekerja keras.
Bagi Bienda cukuplah pada hari bahagia nanti, semua orang yang Bienda sayang ada di samping Bienda. Fasal duit biarlah Bienda uruskan sendiri, sebab itu Bienda terima apa saja tawaran yang datang, termasuk berniaga sepanjang Ramadan lalu bagi menambah lagi simpanan kami, kata wanita itu yang mengakui beruntung mengenali bakal suaminya.
Bukan saja seorang penyokong kuatnya, jejaka berkenaan juga berjaya membuatkan Bienda berasa selesa tatkala bersama dengannya. Malah dia seorang yang lemah lembut serta memahami kehendaknya. Jejaka yang bertugas di salah sebuah stesen televisyen itu juga tidak pernah menghalang minat bakal isterinya meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian, mahupun lakonan setelah berkahwin nanti.
Bienda harap perkahwinan tidak menghalang kerjaya dalam bidang seni. Bienda terbabit dalam dunia seni disebabkan minat, jadi Bienda berharap peminat akan terus menerima Bienda walaupun setelah Bienda berkahwin, katanya.
Bercerita mengenai zuriat pula kata Bienda, dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata sekiranya ada rezeki. Namun dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat zuriat dalam waktu terdekat kerana bimbang dirinya hampa.
Saya tidak kisah sama ada cepat atau lambat dikurniakan zuriat. Kalau boleh tentulah saya mahu segera mendapatkan zuriat tetapi saya tak mahu terlalu berharap nanti bimbang akan kecewa. Setakat ini kesihatan saya tidak menjejaskan impian saya untuk mendapatkan anak, katanya yang mengimpikan untuk mendapat anak kembar.
Elak adegan 'pegang-pegang'
BIARPUN statusnya nanti bakal berubah, tumpuan gadis kelahiran Kelantan ini terhadap kerjaya seni tidak akan padam. Bakal suaminya juga tidak pernah menghalang minatnya untuk terus berlakon dan menyanyi.
Bagaimanapun kata Bienda, sebagai isteri dan wanita bertudung, dia memang selektif soal watak sejak dulu kerana bimbang mencetuskan sensitiviti. Walaupun bakal suaminya menyokong apa saja yang dilakukan, Bienda tetap bertanyakan pendapatnya.
Bakal suami seorang yang sangat memahami dan dia juga memberi kepercayaan 100 peratus kepada saya, tetapi saya lebih suka bersikap terus terang dalam setiap pekerjaan yang mahu dilakukan. Jadi setiap kali dapat tawaran, saya akan minta pendapat dia terlebih dulu.
Sebelum berkahwin lagi sebenarnya saya agak memilih karakter untuk disesuaikan dengan imej saya. Alhamdulillah kebanyakan penerbit dan pengarah memahami, jadi mereka hanya memberikan watak yang bersesuaian dengan imej saya yang bertudung.
Saya juga cuba mengelak adegan pegang-pegang jika membabitkan watak suami isteri, katanya yang mengakui kecewa dengan perkembangan kerjaya nyanyiannya.
Kata Bienda lagi, dia berhasrat untuk menghasilkan sebuah single selepas berkahwin nanti. Menurutnya, kerjaya lakonan ternyata banyak membantunya kerana wang menghasilkan album keduanya dulu juga diperoleh hasil dari wang lakonan.
Dia yang mendapat banyak pujian ketika membintangi filem 4 Madu bersyukur kerana kehadirannya dalam bidang lakonan semakin diterima. Namun kata Bienda, kejayaan itu tidak akan diraih tanpa bantuan dari rakan-rakan seperjuangan serta pengarah.
Dalam filem 4 Madu saya cuba mencari kelainan dengan membawakan watak wanita bertudung yang tamak. Saya tak mahu dilihat wanita bertudung mesti bawa watak baik, ia seakan klise.
Sikap peribadi saya pun tidaklah seperti itu, jadi saya sengaja memilih membawakan watak sedemikian dan nampaknya Profesor Madya A Razak Mohaideen menerimanya, katanya.
P/S: Hari ini angah tak sihat tekak perit & kepala sakit rasa macam nak demam jer..
27 Budak comei:
Memang betul pun..sana sini ada jemputan kawin...lepas rayalah katakan
salam..
ermmm..musim orang kawin
pas raya ni..he he
saya pun suka binda gak. sweet gila walaupun pakai tudung.moga jodohnye berpanjangan.. amin
semoga yang terbaik
Cadangan Mengenai Kad Kredit
klu btol bienda akan kwin selamat pengantin bru buat kak bienda!!!
ohh..bienda da nak kawen..:)
mek bienda mmg comey!
sore pun sdap telinga mendengar
hepy die dah nk kawen :D
salam angah..
Selain mempunyai suara yang sedap bienda juga mempunyai rupa yang cantik..bersih je muka dia kan...
angah nanti jangan lupa sent alamat n no telifon tue taw..
maaf menyusahkan..
moga bahagia kekal dunia akhirat buat bienda, maksu minat kat dia
hehe..bguslah nak kawin..tak elok tunggu lama2 dirikan masjid
New Entry "Video-Video Kelakar"
bienda mmg comel..lg2 dalam cite budak kelantan...
walaupun bertudung, beliau mempunyai susuk tubuh yang menarik. Sekian :D
kak zie tue la.. kan penuh tueee
abg zul tue la musim kan???
lady aminnnnn
sha aminnn
nick aminnnnnnn
addah tue la tak tahu yer
yu hehehehe
amy betul tue...
alamak amy angah asyik lupa jer nanti kalau ingat angah minta ngan mak yer sebab angah tak duk ngan mak dah..
diana aminnnn
thanks diana
mak su aminnn
pawaka betul tue akak sokong heheh mel bila lagi???
edy tengok yer hehehe
xkene oppssss
bienda cantik kan.. ann suke tengok muka dia.. dah nak kawin dah dia.. bagusla..
mesti meriah majlis kawin dia nanti. artis la katakan.
Post a Comment