Tuesday, September 7, 2010

~ 2 KeReTa MeWah MiLik SoSilAwAti & PeGuAm Di TeMui ~

Sekarang nie ada duit salah x ada duit pun salah..hidup memang memerlukan duit zaman sekarang nie..Berkisah tentang duit sekarang nie angah nak kongsi ngan korang berkenaan dengan seorang jutawan kosmetik di lapurkan hilang ikuti ceritanya di UTUSAN MALAYSIA


kereta milik jutawan yg di temui


SUBANG JAYA 6 Sept. - Siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menunjukkan perkembangan apabila kereta milik beliau dan peguamnya ditemui di dua lokasi berbeza malam ini.
Kereta BMW milik Sosilawati, 47, ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.
Difahamkan, seorang peniaga yang mengecam nombor plat kereta Sosilawati menerusi berita di televisyen melaporkan penemuan itu kepada pihak polis pada pukul 9.30 malam.
Peniaga itu menonton berita mengenai kehilangan jutawan itu yang turut mendedahkan nombor plat kereta yang dinaikinya dan apabila dia turun ke bahagian bawah pangsapuri berkenaan selepas itu, dia nampak kereta dengan nombor plat sama ada di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut lalu melaporkannya kepada polis.
Selepas menemui kereta Sosilawati, difahamkan polis mendapat maklumat mengenai kereta BMW milik peguam itu di sebuah kawasan perumahan berhadapan hotel tersebut lalu bergegas ke lokasi berkenaan.
Polis menemui beberapa kesan cap jari pada kereta berkenaan dan usaha sedang dilakukan oleh bahagian forensik untuk mengesan pemiliknya.
Kedua-dua kereta berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan.
Dalam pada itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tengah hari ini berkata, polis akan meneliti senarai panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) akhir yang diterima atau dibuat oleh kesemua mereka yang hilang itu bagi memperoleh petunjuk mengenai kes tersebut.
''Pihak polis sedang menunggu data panggilan daripada syarikat telekomunikasi dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai.
"Yang pasti, mesti Sosilawati ada membuat atau menerima panggilan dan SMS sebelum beliau dilaporkan hilang," katanya.
Musa memberitahu, polis membuat siasatan daripada pelbagai sudut dan sebarang kemungkinan turut diambil kira bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman pula ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan suami Sosilawati bagi membantu siasatan kehilangan isterinya.
"Suaminya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 3 petang tadi," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan di rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak, hari ini mendapati kediaman tersebut tenang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Sosilawati dilaporkan hilang bersama tiga lagi iaitu pemandunya, peguam peribadi serta seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lalu.
Pemilik syarikat kosmetik, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor untuk menemui peguam atas urusan pembelian tanah di Pulau Pinang dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.


macam2 sekarang nie entah kemana la.. jutawan tersebut hilang...Tanda2  1 demi 1 sudah di jumpai sekarang nie cuma tinggal jutawan sahaja masih belum di temui lagi..Raya hampir tiba malah ramadhan akan mengundur..Kenapa sepekara begi berlaku???? hampir setiap tahun mesti ada yg hilang.. Ingat lagi tak kisah arwah Adik Nurin????

P/S : Raya..raya...raya... hooorayyyyyyyyyeeeeee

30 Budak comei:

MR.Z said...

misteri tu, agak lama juga la dia hilang sampaikan polis pun gagal mengesan mangsa.. semoga dapat ditemui..

en_me said...

jap.. mungkin nih konspirasi kottt.. biasalah kes datuk datuk kanns..

Ingat lagi tak kisah Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Noh, 63, dan pembantu peribadinya, Siti Norazah, 43, ditemui mati ditembak di KM476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh baru baru nih..

Unknown said...

ish..misteri betul..makin syok la ikut perkembangan cite ni

maslinamansor said...

harap2 dia selamat...

cEro said...

mcam drama penculikan kan???
cEro pon follow gak cite ni...

Cik Fasyareena said...

aih..mcm2..pelik gak..tibe2 je kn kes neh..terkejut gak bile dpt tau..org kaya..aishh..moga Dato' selamat la kn..

Unknown said...

alahai nak raya ni....mintak2 takde buruk yang belaku

AngahSayang2314 said...

z betul la harap2 macam tue la..

AngahSayang2314 said...

me ye ke?? mmm tak pasti la...

AngahSayang2314 said...

edy yup angah pun sama gak ikut tuee

AngahSayang2314 said...

mas betul harap2 dia selamat

AngahSayang2314 said...

cero ye la betul kata cero angah pun follow gak cita nie

AngahSayang2314 said...

cf tue la pelik tapi benar kan??

AngahSayang2314 said...

posh betul tue harap2 sangat kan???

LYaFRINA said...

mcm2 kan???
dah la dkt raya dah..
harap semuanya cpt berakhir n kembali sperti biasa n dato kembali dgn selamat

AngahSayang2314 said...

lya ye la... hehehe

fiqas said...

kita doakan la semoga semuanya selamat...raya dah dekat, kesian kat family diorang..

Unknown said...

nk kata hantu sorok hantu xde? hm... misteri jgk...

MiaSaidin said...

mia xmau buat spekulasi apa2.. biar pihak polis je selesaikan kes ni kan..

balik mana raya ni?

Kak Amy said...

misteri sungguh sampai polis pun masih x dapat kesan.

Unknown said...

tu la..setiap kali berita kompen tunggu cite pasal sosilawati ni

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
HA..BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....

kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang singgah berbuko
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padangbesaq kecik aja
Tempat siamlalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

Joommmm balik kampung kita berhari raya... Pesanan kami berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang kekampung halaman... ingat orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda...

eeeemmmm sapa dalang di sebalik misteri kehilangannya ye... takutnyerrr

hamzah ian said...

sy pun baru tau die hilang. ahhahha

AngahSayang2314 said...

fiqas ye la betul tue

AngahSayang2314 said...

nick memang misteri

AngahSayang2314 said...

salmia ye la kan???

AngahSayang2314 said...

amy betul tue

AngahSayang2314 said...

edy betul tue

AngahSayang2314 said...

nizam takutttttttttt

AngahSayang2314 said...

hamzah ye ke ciannnn

Related Posts with Thumbnails