Wednesday, September 30, 2009

::Raya Datang Hari Ke 3::

Hari raya ke 3 mulanya angah di melaka setelah selesai angah berkemas untuk pergi ke kampung hubby ku di Gopeng,perak. Selepas makan tengah hari dalam kul 1.30 angah terus berangkat ke gopeng.Kira2 kul 2 angah bertolak dari melaka sampai ke gopeng kul 6.30 petang jauh tue perjalanan sakit pinggang angah duk dalam kete.Nasiblah angah pandai memandu tukar ngan hubby.Hubby lak jaga anak duk belakang.Bila sampai jer di gopeng semua keluarga hubby (mak mertua) rebut kan anak angah mereka kata rindu dah 3 hari tak jumpa..tak sempat parking kereta tu.Sebelah malam pula di kampung buat bakar2 ayam.Ini yang gambar angah dapat ambil pada malam raya ke tiga.Masa tu angah dah keletihan.
Ini masa di rumah adik beradik mak mertuaku
snap........

::Raya datang hari ke 2::

hari raya ke 2 pagi lagi angah dah bersiap nak beraya ke rumah pakcik sebelah mak angah.Kitaorang beraya ke muar kalau tak silap nama tempatnya Parit sakai.Bila dengar namanya pasti gelak kan? tapi tue nama tempat di muar.maaf la lupa nak ambil gambar masa di rumah pakcik angah tue dah syok sangat makan nasi & assam pedas katakan.Dalam perjalanan pulang kitaorang menyelimpang la ke Bandar hilir konon2nyer nak naik MENARA TAMIN SARI tapi hempeh punya la ramai orang berkunjung di sana mejoriti semuanya kaum cina dan pelancong2 dari luar negara.Nak di jadikan cerita suami angah pergi la cari parking tak dapat berapa kali pusing2 cari paking dah macam tawaf la pulak ngeh3.Lepas tue kitaorang keluar la dari bandar hilir pergi ke pantai klebang...
masa nie kitaorang berhenti kat pantai klebang... anak ku syok tido tue
tengah bosan main pusing2 cari parking apa lagi snap la angah..
cantik kan permandangan dari dalam kereta tue macam terasa di negara beijing gitu.padahal di melaka jer...
Nie pula pemandangan dari tepi pula
nie gambar nie cantik sebenarnya orang jual gambar binatang dalam air yg bole letak kat peti ais tu megnet ..cantik nak beli tapi tak dapat
tak ku sangka rupa2nya pantai klebang dah di tambak dengan pasir dulu laut tue nampak tak??
masa nie jalan punya la jam nak gi beli kasut terompah along angah la nak beli nak letak kat kedai dia..Dia kan ada bissnes sendiri...
masa jalan tengah jam giler nie adik aku sempat suruh snap gambar dia katanya konon2 ada di beijing la...ha...ha... masa nie pun di pintu gebang china town.
Akhirnya kitaorang tak pergi beli terompah & naik MENARA TAMIN SARI angah & keluarga terus cari kedai makan masing2 semua dah lapar.Nak cari kedai makan pun sama punya la susah pusing2 tak dapat gak makan la di mydin food court.

Tuesday, September 29, 2009

:::RAYA DATANG:::

dari kiri (Along, Abg fariq,Sara,Ira,Yana,Emak,Abah,Angah,Qiha,Suamiku & Comel)

Terlebih dahulu angah nak ucapkan selamat hari raya kepada anda yang sudi baca bloq angah yg tak seberapa ini.Angah cuma nak kongsikan cerita raya yg lepas.Tentu sakit mata kan bila baca bloq angah ni.ye la tahun ini tema warna keluarga angah warna merah kau...sakit mata memandang kau.. Tahun ini angah beraya di Kampung angah sendiri di melaka ni sebahagian gambar masa di kampung angah di melaka.Masa ni kan tanah di kampung angah lecak baru lepas hujan malam menjelang raya.Dah pagi raya tu kitaorang rancang nak pakai kasut sama akhirnya jalan di rumah nenekku dah terlebih cantik maka semuanya pakai kasut yang cantik2 belaka...

Ini mybig family angah semua ada

ni barisan warna merah ha..ha.....

angah n family

ini alongku n family

masa ni kat rumah pak long sebelah abah angah sempat bergambar masa anakku pakai tudung... masa raya pertama tu semua aku pergi rumah keluarga abah tu pun ada tak sempat pergi beraya...rumah pak long,mak ngah,pak endak,mak su,mak ude,mak yah,mak su,pak anjang,pak lang,Bibik & tok abu.Hampir semua rumah keluarga abah ku aku terjah... tu pun ada lagi tak sempat pergi kerana sebelah mak aku pun nak juga beraya kan... tidak adil la... tak pergi nanti mara mak aku..kalau ikut kan keluarga abah aku ada 14 adik beradik & mak aku pun 14 juga..sampai malam kitaorang pakai baju seragam tu. masa kul 3.30 je balik mandi rehat jap sembahyang lepas tu sambung balik pakai baju tu sampai kul 9 ko termasuk gak la kaum lelaki gak.Letih kau..... tak tarkata......malam raya pertama tu lepas balik beraya kitaorang kongsi duit buat ikan bakar kul 2 baru tido...gambar ikan bakar tak ambil la... dah kecapetan....
tunggu sambungannya............

Monday, September 28, 2009

::3 hari sebelum raya::

Lagi beberapa hari nak raya nak di jadikan cerita laki aku paw aku beli mesin & joran. Aku jenis malas nak besar2kan cerita aku pun ikut jer la.... dia gi kedai pancing...capai punya capai bulan ini jer dia dapat capai 2 mesin pancing 1 joran.Fuh... berapa tue terbang... dah la nak bajet raya tapi hempeh.... tergugat gak dia nak barang kesayangaan dia hobi katakan...Tak kisah la.... lagi pun suamiku pandai jaga barang...dia Jenis tahu kalau nak dapat barang tu susah dia jaga punya tak ingat...jom tengok bawah ni mesin pancing yang dia beli. aku dapat ambil gambar 1 mesin jer yang dia beli lagi 1 mesin & joran tak ambil da..............lupa..

Friday, September 11, 2009

aIdILfiTrI hAmPiR tIBa

Tinggal 9 hari lagi je seluruh umat islam di dunia ini menyambut hari raya aidilfitri....Cuma aku terkenangkan sejarah silam yang ada je... Tahun ni aku menyambut 2 buah negeri. Tahun ini juga is my turn iaitu pada hari pertama aku beraya di melaka dengan ibubapaku serta nenak & saudara mara ku.Tahun ini aku merasakan tak ada maknanya untuk menyambut raya di kampung kerana banyak masalah yang timbul sebelum ramadhan menjelma,malahan bukan aku saja turut serta keluarga ku sekali dengan tempias kejadian ini.Aku ada salah faham dengan mak cik & pak cik aku sebelum ramadhan menjelma,itu yang membuatkan aku & seluruh keluarga aku tak ada mood nak beraya di kampung. Perkara ini aku ada ceritakan dalam blog aku sendiri baca sendiri di bawah. Terlalu susah untuk aku memaafkan kesalahan makcik & pak cik aku kerana segala perbuatannya boleh membuatkan aku hilang sabar sebagai umatnya. Aku tak tahu kenapa sukar untuk memaafkan kesalahannya. Aku masih mencari bagaimana untuk memaafkan dirinya...???????

Friday, September 4, 2009

coretan kosong...

Salam jumaat......... semua. Maaf la lambat lak update blog nie almaklum la... buzy sikit nie pun tak tahu nak tulis apa... tapi yang pasti nanti aku letak kan lah gambar2 terbaru aku gi shopping untuk hari raya ni.. k bye

Tuesday, September 1, 2009

RaMaDhan yAnG kE 9

Malam detik sebelum merdeka aku gi shopping baju raya..di 1U aku memang suka sangat gi di sana banyak butik2 ynang menarik perhatian aku.Nak di jadikan cerita malam tu adik2 aku pun tumpang sekaki shopping sekali dia kata nak beli seluar di butik Romp dan dia beli baju di butik PDI aku tengok punya tengok ternampak la baju yang aku berkenan kopak la duit aku malam tu tapi tak pe baju yang aku berkenan dah dapat dah lama aku idam-idamkan nak baju tu.. akhirnya dapat gak.Jalan punya jalan aku ternampak seluar jeans anak aku di butik pumpkids fuh...cute sangat kecik jer.. aku sambar la 1. Gambarnya tak ada nanti kalau ada masa aku letakkan gambar tue ye... sedar tak sedar jam menunjukkan kul 10.30 malam kedai di 1U dah banyak tutup aku pun dalam on the way balik perut aku lapar.aku ajak la suamiku singgah di sebuah restoran SS2 aku lupa namanya perhhhhhhhh..... leleh siot tenok makanannya best.....best.....aku suka gi kedai 2 air blandednya sodap....... jom ikut aku kat bawah ni gambar makanan yang aku sempat ambil kat situ.... Ini namanya nasi lemak telur mata berserta ayam goreng tau tak berapa harganya RM 6.00 jer tak mahal kan...kan.... sodap.............
Ini air ais bland aku ambil perisa manggo dalam dia ada nata de koko,laici & tembikai yang ni medium saiz tau harganya RM 5.00 aku kongsi berdua ngan suamiku tak habis kalau minum sorang..banyak 2.
Yang ini lak perisa durian belanda sama gak dalam dia ada campur ngan di atas gak sama harga gak .kat sini sebut jer nak air apa semua ada sodap...
ha.. yang ini lak adik aku yang no. 3 tengah makan nasi lomak malam tu...nak di katakan malam tu ketiga-tiga adik aku semua ikut.... gi shopping raya..Ha.... nanti kalau ada masa lagi aku update aku punya blog.k
CAUCINCAU.....................
Related Posts with Thumbnails