Thursday, August 27, 2009

Ramadhan yg ke- 5

Ramadhan.....Ramadhan.... ehm... mesti terkejut tengok domino's pizza ni. Mana tak nyer ni kan bulan pose mesti la... terliur tengok makanan yang ada depan mata ni kan?Sebenarnya aku bukannya apa & bukan nak buat orang terbantut ngan pose diorang,cuma aku nak cita sikit ni kisah semalam aku buka pose ngan keluarga mak mertua aku ehmmmmm... tak sangka dapat gak suami aku makan pizza ni ... Sebenarnya dia dah lama mengidam nak makan pizza ni.Aku jer malas nak layan masa aku dalam pantang lagi dia nak makan tapi aku buat kejutan semalam dia pun gelak jer semalam masa aku call dia... Hari yang ke-5 pose sebenarnya bukanlah aku makan domino's pizza nie jer aku makan nasi gak tak kan la aku ngan keluarga aku nak makan makanan orang barat kot...ehhhhhhh tak.. patut..tak patut... Walau apa sekali pun nasi di utamakan dalam keluarga aku ni.Tapi bukan aku jer korang pun sama gak kan...kan...kan....???? Ni cita sikit nampak tak bekas kotak Domino's pizza tu em... macam orang tamak lagi sampai 3 bekas lagi... sebenarnya bukan aku tamak.Cuma semalam rezeki aku jer 1 kotak kecil tue aku dapat percuma semperna birthday aku last week,aku ambil perisa Aloha. Lepas tu aku dapat coupon Beli yang besar percuma yang sedang maka aku hanya bermodalkan RM 34.80 jer......
ini aloha Chicken Seafood delight
Spicy sambal
Buah dukong langsat
ehmmm yg ni makanan bapak mertuaku Mata Kucingggggggggggg
he...he...he... tue makanan masa nak buka diorang tu dah tak sabar dah nak makan
Lagi2 yang ni tauke air nie belum masuk bang dah duk kat depan nasi.. mana tak nyer nampak pizza punya pasal...Tapi kan aku respect ngan keluarga mak mertua aku ni bila cakap jangan beli & buat makanan banyak2 time buka kerna ada pizza mereka pun tak buat hanya tertumpu pada benda yang ada jeerrrrrrrrr........ ialah mana tak nyer kan..kan.... dalam kitab pun ada kata "JANGAN IKUT NAFSU SANGAT , MAKANLAH BERPADA-PADA" betul tak?
terliur tak tengok ikan masak pedas , tempoyak ikan kembung & taugeee goreng kicap tue semua hasil nurkilan suamiku & mak mertuaku.....ngeh3 Semalam suamiku kedapur masak IKAN KERAPU MASAK PEDAS & IKAN KEMBUNG MASAK PEDAS... Fuh......rasa macam ada jer kat dalam mulut ni...Alamak pose la... batal la... pulak kan cita lebih...lebih pasal makan... ha...ha..... dah cukup2 la sampai sini jer dulu yer.... aku nak cari lagi bahan2 yg bole kongsi ngan korang dalam bloq aku nie lagi... ok cau...... cin...... cau.....

Monday, August 24, 2009

Birthday aku.... yg ke??????

Semalam hari lahir aku yg ke ........... dah mengingkat umur aku... tapi aku sedih kerana tak dapat sambut ngan keluarga aku sendiri. Dah la aku sambut ngan keluarga suami aku tapi tidak ada apa2 pun yg diraikan....aku sedih. Tahun ni merupakan tahun pertama aku sambut birthday pada bulan ramadhan.Tapi suamiku buat something untuk aku dia buatkan aku ikan pari bakar istimewa lagi.... Dia janji nak bawa aku berbuka di restoran lemon under david teo punya restoran kat kajang.. turrrr hujung minggu ni...Suamiku minta maaf ngan aku kerana tak dapat sambut pada hari birthday ku kerana ada sedikit masalah ngan keluarganya.... maka aku pun terima ngan hati terbuka.. Walaupun suamiku sambut lambat ke? @ tidak ke aku tetap sayang sangat padanya.....
SELAMAT HARI LAHIRRRRRRRRR KUUUUUUUUUUU

Friday, August 21, 2009

Walker Baru

Morning pagi jumaat & 30 syaaban... semua...... Esok semua umat islam akan berpuasa.....SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA UMAT ISLAM MAHU PUN DI MALAYSIA @ PUN DI LUAR MALAYSIA...
Faqihah dalam walker 1.......
Mesti terkejut besar melihat baby yg tembam dalam walker nie.Nie anak ku yang baru jer genap umur 4 bulan pada 14/8 dan pada tarikh tersebutlah aku membeli walker dia... harganya ehmmmm bole tahan RM 199.90

Faqihah dalam walker 2

tu la budak zaman sekarang canggih betul walker diorang tak macam aku masa kecik dulu abah & mak ku beli yg murah punya....

Faqihah dalam walker 3

Thursday, August 20, 2009

Pengalaman hidup aku......

Aku terdetik dengan pengalaman hidupku yg mengisahkan seorang perempuan tua yg bernama CS yg memarahi diriku ini kerana tidak dapat memuaskan segala permintaannya. CS memarahiku dengan penuh perasaan sehingga tidak dapat memaafkan segala kemarahannya terhadapku. Aku tidak mengerti mengapa CS bersikap sedemikian sedangkan hanya perkara kecil ia memarahiku. Aku terima dengan hati terbuka kerana aku berfikir sejenak sedangkan dengan menantu2 nya sendiri pun dia boleh buat inikan pula aku orang luar mustahil tidak. Segala kemarahannya ini habis dijaja dengan orang yg rapat disekeliling keluargaku, malahan di kampungku sendiri habis segala ceritaku juga dia jaja. Habis air mukaku dengan segala tindak tanduk yg dilakukannya demi menjaga nama baiknya sendiri (CS). Aku tidak mengerti mengapa CS bersikap sedemikian sedangkan dia sudah lebih matang dari pengalaman hidupnya sanggup dia lepaskan segala2 nya demi menganggap dirinya tidak bersalah sedangkan aku di sini hanya mendiamkan diri. Hampir semua orang yang rapat dengan keluargaku bertanyakan hal sedemikian. Ku sangkakan perkara sedemikian sudah kembali tenang dengan kelahiran anakku tetapi tetap berpanjangan. Sedangkan sebelum kejadian tersebut aku telah bercerita dengan abahku sendiri sebagai orang perantaraan menyampaikan berita ini, Pabila hari kejadian CS meletakan aku sebagai status yg ada. Sehingga kini CS & suaminya tetap membenci ku sampai bila2 kerana tidak dapat memuaskan segala permintaannya. Aku tak mampu mengaibkan hal CS dengan orang disekelilingnya, malah aku hanya mampu berdoa kepadanya yg maha esa. Jika aku mengaibkan hal sedemikian ia boleh menambahkan dosa kepada umat2 yg ada . Aku hanya boleh berkata "AKU TIDAK AKAN MEMBALAS ATAS SEGALA KEJAHATANNYA TATAPI TUHAN YANG MAHA ESA AKAN MEMBALASNYA TIDAK DI DUNIA MUNGKIN DI AKHIRAT NANTI" INGATLAH KITA DATANG KEPADANYA & KITA KEMBALI KEPADANYA JUA.........

Wednesday, August 12, 2009

ANAK BUAH HARI KE 3

FUH.....
ari ini kan anak buah aku balik rumah...dah bole kuar hospital la maknanya...

Tuesday, August 11, 2009

ANAK BUAH BARU

Assalammualaikum.....
Inilah gambar anaknya.... (NUR ALISHA AZ-ZAHRA) Fisrt sekali angah nak ucapkan terima kasih sudi baca blog ini kan..kan... sebenarnaya nak cita sikit la berlakunya semalam 10.08.2009 jam 12.59 pm.Aku baru jer terima anak buah untuk kali kedua. Anak kepada suami abang angah.Cian dia masa tu keadaan cemas sangat doctor kata 50/50 untuk selamatkan bayi tarsebut kerana bayi tersebut dah makan najis & dah lemas, maka bergegas la terus ke bilik bersalin untuk operate . Tapi Syukur Alhamdulilla.... sangat kerana bayi & Ibunya dapat di selamatkan. Semuanya selamat...

Related Posts with Thumbnails