Friday, July 30, 2010

~ Apa KaTa MeReKa..... 2 ~

pic semalam...
Salam hari jumaat semua.... yeah Semalam angah ada keluarkan 1 pic untuk korang teka?? Pelbagai org yg menjawab teka yg angah bagi semalam..Macam2 diorang cakap ini la..itu la... ermm untuk menunaikan janji angah apa yang tersirat & tersurat tentang angah punya Sticker semalam hari ini angah nyatakan okiesssss...
Last weekends angah pergi 1 tempat untuk 1 project angah la.. hehehe Lepas tue angah ternampak la 1 road show...Angah pun apa lagi melulu la ke tempat itu ermm belum apa2 lagi angah pun "Wahhhhh cantik...cantik..cantik..." "eeee angah minat la yang nie...I likessss" korang mesti pelik apa kan??
angah pun jalan lagi "ermmmm yang ini lagi angah minat......orennnnnnnnn" " suka3 (upin&ipin)"
angah pun ambil la... pic2 untuk korang tontonkan...


jom...
jom... 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ini la dia..... KELAB PEMINAT KERETA MINI MALAYSIA...

ini lak loga diorang yg joint kelab tue

ya nie warna peberat angah heheh orennnn.... i like..i like..
Amacam cantik tak kereta antik2 mini lama nie???
Chose yang mana korang minat???
Akhir sekali.... tadaaaaaaaaaa
alamak mak & adik serta anak buah ku pun nak joint gak ke???

Ok itu la sebenar2nya... sticker yang di atas sekali tue angah ambil salah 1 dari kereta diorang so.. saja jer tanya korang..Tapi macam2 korang cakap..Teka cepat mana yg menang dalam banyak2 nie??? apa salah...ya kalau korang nak tahu yg menang pada hari tersebut adalah kereta warna oren ye... No.5 tu la.. Cantik sangat kereta tue bole buka bumbung lagi.. 
So dah terbukti kan Orenger no.1 hehehehehee.....Tahniah pada pemenang... pada empunya kereta yg diatas sana terima kasih la... bagi angah bergambar jap..

Apa2 pun angah harap jangan jadikan Bini korang di tempat ke 2 ok tue tak betul!!!! ada pahammmm..

P/S: Owhhh esok angah nak cuti berblog 2 hari @ 3 hari sebab angah nak pindah....Tunggu kedatangan angah menerjah blog korang ye.....

Thursday, July 29, 2010

~ Apa KaTa MeReKa.....~

 angah nak tanya korang apa pendapat korang??? so korang layan jer la pic nie....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nie pic masa angah pergi ke 1 tempat di mana? & kenapa ?? Tunggu yeeeeeeee... nanti2 angah story okkkkk???? byeeeeee

P/S: hari ini tak ada mood nak buat n3 so korang layan jer la.... pic kat atas tue...


Wednesday, July 28, 2010

~ PeRinGaTan KePda UmUm ~

Pagi nie angah baca 1 keratan akhbar yang membuat kita perlu berwaspada.. 
 Keselamatan keluarga & anak2 perlulah di titik beratkan...
Kebiasaan angah kalau keluar ngan hubby mesti angah tinggal dalam kereta yg enjinnya hidup.
Angah harap korang juga setelah membaca artika ini, perlulah mengambil pengajaran buat semua..  
Jom baca artikal ini........


gambar from goggle 
TAIPING: Dua beradik perempuan menempuh 90 minit paling mencemaskan apabila tiga penjenayah melarikan kereta bapa mereka yang ditinggalkan dalam keadaan enjin masih hidup di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor, Kuala Kangsar, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, Siti Haida Dzulkapli, 6, dan kakaknya, Nurul Fatin Farhana, 17, berada dalam kereta itu manakala bapa mereka, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, yang juga Penolong Pegawai Memerintah 50 Rejimen Askar Jurutera Diraja di Kem Bukit Higate, Kuala Lumpur serta ibu mereka, Fauziah Saafie, 41, berada dalam kedai gambar berkenaan.
Tiba-tiba, tiga suspek meluru ke dalam kereta Honda Accord itu dan melarikannya bersama dua beradik berkenaan sebelum meninggalkan mereka di satu kawasan sunyi di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat mereka dilarikan, satu setengah jam kemudian.
Nurul Fatin Farhana yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, sebaik memasuki kereta, seorang daripada suspek yang duduk bersebelahannya di bangku belakang memegang kuat tangan dan mencekik lehernya sambil memberi amaran supaya tidak menjerit.

Kejadian itu berlaku begitu pantas dan saya tidak cuba melarikan diri kerana ketika itu adik sedang nyenyak tidur dan bimbang sesuatu terjadi jika saya meninggalkannya bersendirian.

Saya hanya mematuhi arahan penjenayah dan pada ketika itu perkara paling saya takuti kemungkinan dirogol, tetapi saya bersyukur tidak diperlakukan begitu, katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, dekat sini, semalam.

Nurul Fatin Farhana berkata, sebelum ditinggalkan di satu kawasan gelap dan sunyi di tepi jalan, dia ada mendengar perbualan seorang penjenayah meminta rakannya tidak meninggalkan kami dua beradik terlalu jauh. 
Sebelum turun kereta, adik terjaga daripada tidur. Sebelum meninggalkan kami, penjenayah memberikan saya RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.

Apabila keluar daripada kereta saya melihat jam 11 malam. Saya dan adik mundar mandir di kawasan itu sebelum seorang lelaki menghampiri kami dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum menghantar kami ke balai polis berhampiran, katanya.

Nurul Fatin Farhana berkata, dalam kejadian itu, penjenayah melarikan beg tangan, telefon bimbit dan wang tunai RM300 miliknya serta alat sistem pengesanan global GPS milik bapanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan, kereta dilarikan itu ditemui di Rantau Panjang, Kelantan, awal pagi semalam.

Sementara itu, ibunya, Fauziah Saafie, 41, berkata kejadian itu memberi pengajaran kepada dirinya dan suami supaya tidak meninggalkan anak bersendirian di dalam kereta dengan enjin masih hidup. 


artikal dari B.Harian


P / S :Sebenarnya tak tahu nak upload cerita apa tapi nak bagi korang ambil dari pengajaran tersebut....
Related Posts with Thumbnails