Keselamatan keluarga & anak2 perlulah di titik beratkan...
Kebiasaan angah kalau keluar ngan hubby mesti angah tinggal dalam kereta yg enjinnya hidup.
Angah harap korang juga setelah membaca artika ini, perlulah mengambil pengajaran buat semua..
Jom baca artikal ini........
gambar from goggle
TAIPING: Dua beradik perempuan menempuh 90 minit paling mencemaskan apabila tiga penjenayah melarikan kereta bapa mereka yang ditinggalkan dalam keadaan enjin masih hidup di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor, Kuala Kangsar, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.20 malam, Siti Haida Dzulkapli, 6, dan kakaknya, Nurul Fatin Farhana, 17, berada dalam kereta itu manakala bapa mereka, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, yang juga Penolong Pegawai Memerintah 50 Rejimen Askar Jurutera Diraja di Kem Bukit Higate, Kuala Lumpur serta ibu mereka, Fauziah Saafie, 41, berada dalam kedai gambar berkenaan.
Tiba-tiba, tiga suspek meluru ke dalam kereta Honda Accord itu dan melarikannya bersama dua beradik berkenaan sebelum meninggalkan mereka di satu kawasan sunyi di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat mereka dilarikan, satu setengah jam kemudian.
Nurul Fatin Farhana yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, sebaik memasuki kereta, seorang daripada suspek yang duduk bersebelahannya di bangku belakang memegang kuat tangan dan mencekik lehernya sambil memberi amaran supaya tidak menjerit.Kejadian itu berlaku begitu pantas dan saya tidak cuba melarikan diri kerana ketika itu adik sedang nyenyak tidur dan bimbang sesuatu terjadi jika saya meninggalkannya bersendirian.
Saya hanya mematuhi arahan penjenayah dan pada ketika itu perkara paling saya takuti kemungkinan dirogol, tetapi saya bersyukur tidak diperlakukan begitu, katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, dekat sini, semalam.
Nurul Fatin Farhana berkata, sebelum ditinggalkan di satu kawasan gelap dan sunyi di tepi jalan, dia ada mendengar perbualan seorang penjenayah meminta rakannya tidak meninggalkan kami dua beradik terlalu jauh.
Sebelum turun kereta, adik terjaga daripada tidur. Sebelum meninggalkan kami, penjenayah memberikan saya RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.
Apabila keluar daripada kereta saya melihat jam 11 malam. Saya dan adik mundar mandir di kawasan itu sebelum seorang lelaki menghampiri kami dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum menghantar kami ke balai polis berhampiran, katanya.
Nurul Fatin Farhana berkata, dalam kejadian itu, penjenayah melarikan beg tangan, telefon bimbit dan wang tunai RM300 miliknya serta alat sistem pengesanan global GPS milik bapanya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan, kereta dilarikan itu ditemui di Rantau Panjang, Kelantan, awal pagi semalam.
Sementara itu, ibunya, Fauziah Saafie, 41, berkata kejadian itu memberi pengajaran kepada dirinya dan suami supaya tidak meninggalkan anak bersendirian di dalam kereta dengan enjin masih hidup.
artikal dari B.Harian
P / S :Sebenarnya tak tahu nak upload cerita apa tapi nak bagi korang ambil dari pengajaran tersebut....
54 Budak comei:
iskkkk... memang gerun dengar berita ni.. kejamnya penjenayah tu.. tak ada keje lain. huhu
ooo..
mak cha pun dah warning pagi2 tadi..
pasal artikel ni rupenyer..
takutnyer...
dni tue la seram kan???
cha2 yup memang tersebar la artikal nie
takutnyer....nak merompak dah macam2 kes dah sekarang nie...
bila cerita ni panas semua beringat..pastu dah sejuk terlupa.
dengar kt hot.fm pasal ni pg td
menakutkan cerita ni.. selamat bdk 2 x diapa2kan? tp baik jgk penjenayah tu siap bagi rm 10 lagi? hehe
mujur la pjenayah tu msih de ati perut..tgglkn duit n torchlight
Biasanya kalau akak tinggal dengan Haziq dalam kereta..akak akan lock pintu drive so semua pintu akan terkunci..bahaya kalau tinggalkan anak2 dlm kereta..hilang kereta boleh diganti..hilang anak..matilah kita
haaaaaaaa..takut nya jd mcm tuh.saya xnk tgglkan adik saya dlm keta daa
salam angah..
ish kejamnya penjenayah tu..
macam2 kisah sekarang ni kan, kena extra careful le
Jahit Badge Pun Tak Boleh?
zaidah memang betul pun sekaran macam2 cara la...
kak ina angah sokong apa kata kak ina
salmia angah dapat tahu pun dari kawan gak
nick tul la pasal apa2 pun kena ambil iktibar
ann betul tue mujurlah dia ada hati perut kalau ada hati jantung macam mana hehehe
kak ziela betul tue angah pun sokong gak... tak bole looo
alin ingat ambil ikhtibar tau
amy tu la pasal kan??
aha betul tue??
salam Angah..
alahai kesiannya budak2 tu,
tapi nasib baik tak de apa2..
berhemah pulak penyamun tu
siap bekal lampu picit..heran2
apapun syukur alhamdulillah..
setidaknya kereta boleh di beli
anak2 dan keselamatan mereka..mak ayah harap ambil perhatian..jangan leka dan cuai kerana penyamun ni hanya menunggu masa bila anda cuai.
salam
betul tue abg zul ini semua kena ambil iktibar kan???
isk,gerun plak...sekarang ni mmg x selamat tau...takut la plak
ish..bahayanye..gerun
stakat ni alhamdulillah.. mmg xpernah lagi tinggalkan ank dlm kereta.. kecuali bersama org dewasa.. tp itu pun, kalo nk jd pon blh kan.. better..kalo keluar.. keluar la semua..
kereta blh d beli.. tp... family???? sukar utk membentuk 1 family.. x g2 angah
shima sekarang kena berhati2 tue yg penting
edy kena berhati2
eli ada baca gak kt kosmo pg td..setakat ni eli mmg pernah tinggalkan budak² dlm kete yg enjin hidup tp eli dh siap² suh dorang lock the door..even kalu eli ada dlm kete tu skali, hubby yg kuar p beli sumthing ke ape ke, mmg eli akan lock pintu tu..eli mmg takut org jahat masuk dlm kete tiba² nih..mana nk tahu kan..baik berwaspada
wah curik2 ketika enjin hidup.. senang je la keje pencurik ni kan.. mcm ikan dpn mata kucing..
btw dh share link u kt blog i...
Poligami Bukan Cara Kawal Nafsu ?
pntg sekali utk sentiasa beringat
lya betul kata lya kereta bole cari tapi anak sukar untuk di ganti kan??
eli betul tue apa yg penting kita kena waspada kan??? jaga keselamatan keluarga kita ini semua pengajaran buat kita
rizal tue la kan??
thanks dik
mak su betul tue ingatan perlu di titik beratkan
mak su betul tue ingatan perlu di titik beratkan
huhu..bahaya gak tu tinggal kan kete masa enjin dihidupkan..mcm2 bole berlaku..huhu
gila cemas camtu..takt jgk
kena pakai ilmu kebal zaman skang ni..
semoga kita semua dijauhkan dari kejadian yang memudaratkan kita..AMIN
:)
"bila baca pasal artikel nie..lagi la takut dan risau pasal keselamatan keluarga..uuuuuuu"
Alhamdullillah mereka selamat..nasib tak jadi apa2 yg lebih teruk..
mawaddah betul tue.. apa yg perlu berhati2
hentak betul tue cemas beb
frwls ye betullll
ieda jgn takut apa yg penting kena berhati2 ye
iylli alhamdulilla tue la pasal
takutnya angah...
pape pon kene berwaspada hati2 n minta dpt elak keadaan ngeri..
dinna tue harap2 jauhkan la..
mahira tahu pun harap2 la
isk.. menakutkan.. rasa kat mana-mana pun kena berhati-hati.. kalau lalai sikit.. abes...
selalunye klau zura nk kuar...zura akan suruh sapa yg tinggal dlm kete tue lock pintu..lg satu lepas je naik kete terus lock pintu...
ann betul tue kena berhati2 kan???
zura sama la macam angah tapi kita lepas nie kena waspada kan???
Post a Comment