image by google
ikutilah ceritanya..SEPANG: Semua 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang diserang komando Israel ketika misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, kelmarin, disahkan selamat dan kini ditahan di negara itu.Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, turut mengesahkan tidak ada warga Malaysia yang cedera dalam serangan itu.
"Kita sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan mereka dan tempat sebenar mereka ditahan kerana maklumat terakhir yang kita ketahui, kapal Mavi Marmara dibawa ke Pelabuhan Haifa, Israel.
"Beberapa negara seperti Jordan, Turki, Filipina dan Ireland yang mempunyai hubungan dengan Israel bersedia membantu kita membawa pulang 12 rakyat Malaysia itu secepat mungkin," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Singapura selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Asean - Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk (GCC), semalam.
Anifah juga menjelaskan angka rasmi rakyat Malaysia yang berada dalam Mavi Marmara sebenarnya 12 orang dan bukan 11 seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Beliau berkata, seorang lagi rakyat Malaysia yang berada dalam kapal itu ialah Mustafa Mansur dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.
Menurut laporan semalam, 11 rakyat Malaysia termasuk sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dan dua krew televisyen Astro Awani berada dalam kapal itu.
Anifah berkata, enam lagi rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama Rachel Corrie juga berada dalam keadaan selamat dan kini dilaporkan sudah bertolak dari Malta menuju ke perairan Gaza.
Beliau berkata, mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi 03-88874570 yang dibuka 24 jam.
Anifah juga berkata, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas tindakan rejim Israel itu dan mahu supaya siasatan bebas secara menyeluruh dilakukan.
Katanya, Malaysia kecewa dengan Majlis Keselamatan PBB yang masih tidak mengutuk serangan rejim Israel terhadap kapal Mavi Marmara dari Turki yang membawa aktivis kemanusiaan ke Gaza.
"Malaysia mahu Israel segera membebaskan semua tahanan dan kapal terbabit dan Resolusi 1860 dipatuhi oleh Israel supaya membuka laluan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza," katanya.
Anifah menegaskan serangan di perairan antarabangsa menggambarkan rejim haram Israel tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa.
Beliau turut membaca kenyataan bersama Menteri Luar Asean dan GCC yang dikeluarkan di Singapura semalam yang mengutuk keras tindakan rejim Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu.
Katanya, Menteri Luar Asean mahu semua aktivis yang ditahan dibebaskan segera oleh pihak berkuasa Israel.
"Semua Menteri Luar Asean-GCC bersetuju bahawa kerjasama antarabangsa perlu bagi memastikan Israel bertanggungjawab terhadap tindakannya mengikut undang-undang antarabangsa. Semua Menteri Luar itu juga mendesak PBB melakukan siasatan terperinci terhadap serangan Israel itu," katanya.
(Write by Berita harian)
Senarai nama yg terperangkap di dalam tahanan..
- Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
- Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
- Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
- Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
- Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
- Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
- Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
- Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
- Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
- Mustafa bin Mansur, MAPIM
- Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
- Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
marilah sama2 kita doakan semoga mereka selamat dari segala2nya..
amin....
8 Budak comei:
moga para peserta yang join misi bantuan ke sana kita doakan mereka selamat sampai dan balik..
New Entry Pawaka19 Dot Com
"Imam Muda VS Program Realiti Hiburan "
pawaka: angah harap pun macam tue gak... mudah2an amin..
subhanallah..selamatkan lah mereka..
fasya: dah balik ye... harap macam tue la...
kite doakan yg terbaik buat semua sukarelawan !!
sedih dengan apa yang menimpa konvoi Gaza, semoga mereka selamat kembali ke negara masing2..
syukur dorang semua dah dilepaskan..
kesiankan.. tak sampai bantuan tu ke destinasinya.. sedih..
kasihan rakyat palestin..
patutlah Adolf Hitler bunuh yahudi ramai2 zaman dia dulu.. sebab yahudi memang keji..
dekya: amin..
mr. z: sama amin
ann: lagi hebatkan siap tahu nama lagi hehehe
Post a Comment