Tuesday, May 18, 2010

~ Apa DoSa BaYi ~

Subhanallah.... bertapa azabnya manusia bila menghukum sesama manusia...wah...terlebih sudah yer.. angah punya statement nie.. yup sekarang nie nak katakan tiap2 hari kita dengar kisah buang bayi la... dera bayi la.. dan macam2 lagi la.. eeeee tu yg buat angah emo nie di petang2 hari nie..mana tak nyer dengar sana kisah bayi lepas tue selak sini kisah kanak2 ya allah apa dah jadi nie...... diorang tak sayang anak2 ke? aztarafilluahulazimmmmmmmmmm... ermmm punya panjang angah punya istiqfah.. ...

gambar hasil dari google
Remaja tunjuk lokasi budak dikebumi hidup-hidup 
MELAKA: Polis menahan dua pelajar berusia belasan tahun, selepas disyaki terbabit menanam hidup-hidup seorang bayi yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pertengahan minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, kedua-dua remaja itu ditahan sejurus selepas ibu pelajar perempuan berkenaan membuat aduan mengenai anaknya yang bersalin tanpa pengetahuan beliau, pada awal pagi Rabu lalu.
Katanya, sejurus penahanan itu, pelajar lelaki dipercayai pasangan remaja yang bersalin itu membawa polis ke sebuah lokasi berhampiran sungai di taman berkenaan, bagi menunjukkan tempat bayi berkenaan ditanam. 

“Polis menemui mayat bayi ditanam itu berhampiran sebatang sungai, dipercayai dilahirkan pelajar perempuan itu pada kira-kira jam 4 pagi. 

“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati, bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala," katanya pada sidang media, di sini, semalam. 

Mohd Adnan berkata, kejadian pelajar perempuan itu melahirkan anak hanya disedari ibunya selepas menemui pelajar itu dalam keadaan berlumuran darah, sejurus pulang dari tempat kerja pada hari berkenaan. 
Katanya, tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan anaknya, ibu pelajar itu membawa anaknya ke sebuah klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. 

"Doktor yang merawat beliau memaklumkan kepada wanita terbabit, anaknya itu baru bersalin. Ini menyebabkan beliau terkejut dan kemudian bertindak membuat aduan polis pada hari sama. Susulan itu, seorang lelaki dipercayai pasangan anaknya ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. 

Mohd Adnan berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

                                                                                                                                                                nukilan dari berita harian......


Setelah korang dah baca n3 angah kali nie cuba korang fikir2kan bagaimana ?????angah baru je baca n3 kawan angah Liz sedih sungguh bila dia tahu yg anaknya akan pergi & setiap hari dairinya akan tercatit oleh bapanya ya..allah terharu sungguh pengorbanannya cuba la..korang baca n3 kawan angah nie sedihhhh.....99 balon 

14 Budak comei:

amiys said...

cuba kita tanam pulak budak tu hidup2.. apa dia rasa... ada otak letak kat tapak kaki... heeee... marah betul nih!

AngahSayang2314 said...

amiys: cian kan buat pandai tapi hampeh.sabar2

Unknown said...

ape nk jd dorg ni sian bayi tu... sedih la kak baca entry akak ni...

AngahSayang2314 said...

nick: dik baca sedih kan akak lagi la sedih......

rin~eirie de' sEcond said...

ermmm...moga mereka insaf..

nway,
thanks..sya da follow awk jg =)

annfrendly said...

Grrr..
geram sangat bila baca berita ni dalam paper utusan pagi tadi..
yang buat lagi geram tu..
bf dak pompuan tu umo 19 tahun.. penuntut IPTA pulak tu..
tapi cara cam budak tak belajar aje..
harap hukuman yg setimpal dikenankan kat dorang ni..

MR.Z said...

sedih tengok bayi diperlakukan macam tu, diorang yangg buat tu memang tak berhati perut..

Unknown said...

tu la kak ape nk jd dgn dorg ni ade org nk anak xdpt2? ade yg dpt leh plak buang? ingat bayi tu xde perasaan ke? cis! geram btol dorg ni...

AngahSayang2314 said...

rin: harap2 macam tue la kan...

thanks ya...

AngahSayang2314 said...

ann: tahu tak pe tue yg geram tue sabar je la macam kita yg nak bertindak bagi pengajaran pada mereka nie kan??

AngahSayang2314 said...

mr.z : memang pun tak berhati perut langsung kan z

AngahSayang2314 said...

nick: memang pun nick dunia dah nak kiamat kan.. sian ngan bb tue

pawaka19 said...

manusia da jahil macam dulu tanam bayi..apa nak jadi malaysia ni

AngahSayang2314 said...

pawaka: biasa la.. nama pun manusia kan..

Related Posts with Thumbnails