Wednesday, November 18, 2009

~ NENEK EKOR ~

Pagi nie angah buka tv3 untuk tengok news apa yg terbaru di surat khabar.Terhenti seketika angah melihat n 3 nie "NENEK EKOR".Terfikir sejenak angah apa yg berlaku sebenarnya yer nenek tue ada ekor ke? rupa-rupanya kau.....malas la angah nak cerita baca jer la n3 di bawah nie
KUALA LUMPUR: Ketagihan yang tidak boleh disekat menyebabkan seorang wanita warga emas layak digelar ‘nenek ekor’ berikutan gagal mengawal kegilaannya bertaruh nombor ekor sejak lebih 10 tahun lalu. Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Tum, 63, mendakwa minatnya bertaruh nombor ekor menyebabkan dia sanggup menghabiskan sekurang-kurangnya RM100 sebulan ‘menikam’ nombor ekor. Menurutnya, walaupun menyedari perbuatan berkenaan bertentangan dengan ajaran Islam, namun bertaruh nombor ekor atau empat digit dianggapnya mempunyai tarikan luar biasa hingga menyebabkan dia sukar berhenti. Wanita terbabit mendakwa pernah dinasihatkan berhenti dari tabiat buruk itu, namun dia hanya mampu bertahan dua minggu sebelum menjengah semua ke kedai nombor ekor untuk mencuba nasib.
“Mak cik mula terjebak dengan benda ni sejak diajar bekas suami kedua mak cik yang juga kaki nombor ekor,” katanya ketika ditemui selepas membeli nombor ekor di Lorong Haji Taib di sini, semalam.Dia yang tidak segan silu membeli nombor ekor dalam keadaan memakai baju kurung dan bertudung mendakwa diajar selok-belok mengisi kertas taruhan dan membeli nombor ekor di kaunter kedai..

“Mulanya mak cik ragu-ragu, namun suami selalu bernasib baik dan ‘kena’ hadiah menyebabkan mak cik turut tertarik untuk mencuba. Walaupun hanya pernah beberapa kali berjaya dalam tempoh 10 tahun, namun ia bagaikan hobi berhantu dan sukar dikikis.
“Hampir setiap minggu mak cik akan mencuba nasib membeli empat nombor ekor menggunakan duit yang diberikan anak-anak selain duit hasil sewa rumah,” katanya.
Menurutnya, walaupun ada rakan yang pernah menegur dan menasihatinya kerana menyifatkan perbuatan bertaruh itu sebahagian dari dosa, namun dia mempunyai tafsiran tersendiri.
“Mak cik tak rasa teka nombor (bertaruh nombor ramalan) sebagai salah kerana mak cik juga berusaha dan mengeluarkan modal untuk menang. Ia tak lebih daripada satu bentuk permainan teka nombor semata-mata.
“Apa orang nak kata pun mak cik tak kisah. Soal dosa atau pahala, itu antara mak cik dan Tuhan,” katanya.
Ditanya sama ada anak dan cucunya mengetahui aktiviti sampingannya itu, dia mendakwa hanya segelintir anaknya yang mengetahui perbuatannya itu kerana dia tidak mahu perkara itu menjadi buah mulut saudara mara dan masyarakat
Berikutan itu, dia yang tinggal di Gombak sanggup menaiki bas ke ibu kota untuk membeli nombor ekor setiap Rabu, Sabtu atau Ahad dengan kadar pertaruhan serendah RM2 bagi setiap nombor .
“Biasanya mak cik akan menyembunyikan kepingan resit nombor ekor dibeli di dalam almari dan menyemaknya dengan bantuan seorang anak lelaki yang sering membeli surat khabar berbahasa Cina pada waktu malam,” katanya.
Ditanya berapa kali dia pernah memenangi hadiah tekaan tepat sebelum ini, Mak Tum mendakwa dia pernah mendapat hadiah RM5,000 dua tahun lalu selain beberapa hadiah sagu hati bernilai ratusan ringgit.
Sementara itu, penceramah bebas yang juga perunding motivasi Human Touch Consultant, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, berkata wang yang digunakan untuk tujuan haram boleh diragui sumbernya kerana ia menyebabkan pemilik membelanjakan wang berkenaan ke jalan yang tidak diredai.

SUMBER PETIKAN HARIAN METRO

0 Budak comei:

Related Posts with Thumbnails