Monday, November 30, 2009

~ Lauk Kenduri Kahwin Germelapan ~

Hari nie n3 angah kisah lauk masa kenduri 2 weeks ago ari tue.. nie gambar2 yg sempat angah kongsi2kan dengan korang semua.. banyak tul menu dia.. siapa datang mesti puas punya..Walaupun n 3 ngah bukan kisah raya qurban tapi angah kongsi sikit kisah nie yer......ada kisah raya qurban tunggu esok...
nie adik angah tengah pick lauk
antara menu2 yg ada
macam2 ada...
ayam gorengggggggg... hehe..

Sunday, November 29, 2009

~ Happy birthday to my sis sara ~

hai salam aidiladha lagi ye... kembali lagi kita dalam n3 angah yg tak semenggah nie hehe..... k ari ini genap la...anak buahku 2 tahun angah kongsikan sejenak gambar anak buah angah dalam n 3 angah nie ye...apa2 pun angah nak ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR KE 2" dah macam apa la.. kan jom kongsi gambar anak buah angah nie...
nie gambarnyer masa umurnya beberapa bulan yg lalu nie gambar dia sekarang...........

Saturday, November 28, 2009

~ Kenduri Kahwin Germelapan ~

Almaklum la sekarang nie musim org buat kerja kahwin @ lebih senang majlis kenduri kahwin...Last week angah angah pergi ke sebuah majlis nie kat bangsar di sebuah dewan komuniti tapi sorry la angah tak ingat langsung nama penuh dewan tue.. Hubby angah mana??? dia tak ada la... dia sibuk tengah prosess air kat kilang tue.. dia tangah overtime la... cari duit hahaa.....so masa nie angah n my family yg ada jer pergi.Majlis nie kalau tak silap angah la kan kawan baik abah angah masa zaman bujang dulu...jom layan......

Cantikkan pelamin dia dewan nie kau sejuk gilerrrr air-cond dia kuat

Sedap kau makanan dia sampai lupa hubby yg tengah keje hehehe...

nie mak su qiha lebih senang adik bongsu ku

nie abah & mak lang qiha

my mom & my baby

Friday, November 27, 2009

~ Selamat Hari Raya Aidiladha ~

Salam korban hehe... dah macam apa la kan ??? salam hari raya korban.. ehmmm pagi nie dah gi ke sembahyang raya?? dah makan?? gi la menjamu selera sikit kat dapur tue... ada ape juadah yg tersedia... tapi kita la sedia sendiri.. Angah dah kenyang pun sembahyang raya tak pergi pun sebab angah ada baby last year angah pergi la... tak pe yg penting hati mesti mau bersih..Tahun nie angah tak buat korban lembu kerana angah dah buat dah 2 tahun lepas so insya allah kalau ada rezeki lebih lagi angah nak buat 1 keluarga la.. angah ,hubby & qiha insya allah la...mudah2an.
Tahun nie keluarga angah ada buat korban lembu anak buahku yg genap 2 tahun hehe....ok la angah sibuk la.. nak kedapur nie lain kali la kita cita lagi yer
cek.... ke.... daout.....bye..bye..
next n3 angah cita kisah raya korban yer..

Thursday, November 26, 2009

~ Salam Aidiladha ~

Di pagi hening nie tinggal beberapa jam lagi kita nak menyambut hari raya korban @ erti kata raya aidiladha buat seluruh umat islam di dunia....Jikalau di mekah kita beraya awal kau.. tapi di malaysia lewat la sedikit kan???
Semperna raya yg bakal tiba nie angah nak ucapkan kepada pembaca2 & follower2ku
SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA...

Wednesday, November 25, 2009

~Perodua Alza ~

Angah berbangga jadi rakyat malaysia lepas 1, satu kereta keluaran malaysia keluar baru jer lepas keluaran kereta PROTON EXORA.Lak nie kereta keluaran PERODUA ALZA.
Fuhyooooo....gambar2 nie pun angah ambil dari goggle.Harganya di jual dipasaran lebih kurang anggaran RM57000 hingga RM 65000 la..Kalau korang nak tahu lebih lanjut gi kat ALZA
k jom kita layannn.....
baru jer dilancarkan 23/11/09
bahagian hadapan
Bahagian belakang
bahagian dalam
see macam mana ada rasa nak beli tak???

Tuesday, November 24, 2009

~ Basikal oh Basikal 2 (Up gradated) ~

Last day angah ada cerita kan berkenaan dengan basikal kan ok sekarang nie angah nak kembali balik kisah basikal. Ada tak korang rasa basikal nie boleh di lipat2 & ada tak orang jual basikal tersebut??? ada jawapannya.. kalau korang nak beli basikal macam nie ada jual di negara jepun pergi la tengok mesti ada jual nie pun angah ambil dia web ada pelbagai jenis basikal yg korang mahu..
cuma harga jer la yerrrr...
Seronok tengok basikal nie bole di lipat2
ia pun tak la makan ruang sangat
Perhatikan saiznya
kalau nak berwarna pun ada...
akhirnya basikal tersebut kalau mana yg dok rumah flat tue bole la beli basikal macam nie bila dah guna basikal lipatkan aje... dan terus bawa naik ke atas guna lift tak payah la letak bawah kalau takut hilang & di curi....

Monday, November 23, 2009

~ Basikal oh Basikal ~

Aiyookkkk yezza... hehehehe... pernah tak korang terfikir sejenak kalau basikal nie kita upgrade jadi moden sikit??? tak pernah kan?? tapi baik tak payah la.. kerana kan basikal nie adalah dari zaman nenek moyang kita dulu-dulu lagi... buat apa kita nak tukarkan ke lebih canggih kan??biarkan lah ia menjadi sejarah untuk zaman yang akan datang. Esok-esok dapat la anak ,cucu- cicit kita tengok pada zaman akan datang nanti.. tapi tak pe jom kita layan sekejap & renung2kan kalau semua rakyat malaysia nie guna basikal ke tempat kerja maka kuranglah sesak di jalan raya macam negera china tue...
Jom....
Angah ada gambar lagi tentang basikal nanti ikuti lagi yer.... TUNGGU................

Friday, November 20, 2009

~ Ikan Arowana Kembar Siam ~

iyakkk... hehehe.. apa la angah nie kan?? ha.. terkejut tak tengok gambar ikan arowana kembar nie siam nie.. memang ada pun itu la keujutan kuasa allah s.w.t kau... masa angah pergi akuarium di shah alam beberapa minggu lalu penuh ikan arowana beribu2 dia jual susah gak la... kalau nak cari harga beratus-ratus.kalau ada pun mungkin anak dia kot tue pun tak tahu berapa panjang dia punya size da....
Cuba perhatikan betul-betul ikan nie.... Bukan manusia saja yg ada kembar siam haiwan pun ada juga..

Thursday, November 19, 2009

~ MODEL ALA2 BOY ~

Gambar nie sebenarnya dah lama dah... nie gambar beberapa hari sudah angah ambil lepas qiha potong rambut ari tue..Lepas jer qiha cukur jambul ari tue rambut dia banyak tak semenggah maka angah dan papa qiha buat keputusan untuk potong rambutnya...
Inilah hasil nukilan tauke yg potong rambut anakku..
masa bi dia tengah gelak bermain ngan angah
dia tercengang bila angah penat bermain dengan dia
hanya mampu tersenyum

~ Senario The Movie; Episod 2 - Beach Boys ~

Hari ini penuh la orang di pawagam.Mana tak nyer cerita arahan dari pengarah berkeliber kau ahmad idham peminat angah. Hari ini mula la tanyangan cerita nie di seluruh negeri di malaysia..
Tengok jer disebalik tabir dia jer dah nampak best sangatttttt... Rasa...rasa... macam nak gi tengok jer...Tapi...sapa la nak jaga anak kecik ku ni si qiha??????
Apa2 pun korang semua bole lah pergi ke pawagam untuk menonton cerita nie yerrr..
Gambar dari Berita harian

Wednesday, November 18, 2009

~ NENEK EKOR ~

Pagi nie angah buka tv3 untuk tengok news apa yg terbaru di surat khabar.Terhenti seketika angah melihat n 3 nie "NENEK EKOR".Terfikir sejenak angah apa yg berlaku sebenarnya yer nenek tue ada ekor ke? rupa-rupanya kau.....malas la angah nak cerita baca jer la n3 di bawah nie
KUALA LUMPUR: Ketagihan yang tidak boleh disekat menyebabkan seorang wanita warga emas layak digelar ‘nenek ekor’ berikutan gagal mengawal kegilaannya bertaruh nombor ekor sejak lebih 10 tahun lalu. Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Tum, 63, mendakwa minatnya bertaruh nombor ekor menyebabkan dia sanggup menghabiskan sekurang-kurangnya RM100 sebulan ‘menikam’ nombor ekor. Menurutnya, walaupun menyedari perbuatan berkenaan bertentangan dengan ajaran Islam, namun bertaruh nombor ekor atau empat digit dianggapnya mempunyai tarikan luar biasa hingga menyebabkan dia sukar berhenti. Wanita terbabit mendakwa pernah dinasihatkan berhenti dari tabiat buruk itu, namun dia hanya mampu bertahan dua minggu sebelum menjengah semua ke kedai nombor ekor untuk mencuba nasib.
“Mak cik mula terjebak dengan benda ni sejak diajar bekas suami kedua mak cik yang juga kaki nombor ekor,” katanya ketika ditemui selepas membeli nombor ekor di Lorong Haji Taib di sini, semalam.Dia yang tidak segan silu membeli nombor ekor dalam keadaan memakai baju kurung dan bertudung mendakwa diajar selok-belok mengisi kertas taruhan dan membeli nombor ekor di kaunter kedai..

“Mulanya mak cik ragu-ragu, namun suami selalu bernasib baik dan ‘kena’ hadiah menyebabkan mak cik turut tertarik untuk mencuba. Walaupun hanya pernah beberapa kali berjaya dalam tempoh 10 tahun, namun ia bagaikan hobi berhantu dan sukar dikikis.
“Hampir setiap minggu mak cik akan mencuba nasib membeli empat nombor ekor menggunakan duit yang diberikan anak-anak selain duit hasil sewa rumah,” katanya.
Menurutnya, walaupun ada rakan yang pernah menegur dan menasihatinya kerana menyifatkan perbuatan bertaruh itu sebahagian dari dosa, namun dia mempunyai tafsiran tersendiri.
“Mak cik tak rasa teka nombor (bertaruh nombor ramalan) sebagai salah kerana mak cik juga berusaha dan mengeluarkan modal untuk menang. Ia tak lebih daripada satu bentuk permainan teka nombor semata-mata.
“Apa orang nak kata pun mak cik tak kisah. Soal dosa atau pahala, itu antara mak cik dan Tuhan,” katanya.
Ditanya sama ada anak dan cucunya mengetahui aktiviti sampingannya itu, dia mendakwa hanya segelintir anaknya yang mengetahui perbuatannya itu kerana dia tidak mahu perkara itu menjadi buah mulut saudara mara dan masyarakat
Berikutan itu, dia yang tinggal di Gombak sanggup menaiki bas ke ibu kota untuk membeli nombor ekor setiap Rabu, Sabtu atau Ahad dengan kadar pertaruhan serendah RM2 bagi setiap nombor .
“Biasanya mak cik akan menyembunyikan kepingan resit nombor ekor dibeli di dalam almari dan menyemaknya dengan bantuan seorang anak lelaki yang sering membeli surat khabar berbahasa Cina pada waktu malam,” katanya.
Ditanya berapa kali dia pernah memenangi hadiah tekaan tepat sebelum ini, Mak Tum mendakwa dia pernah mendapat hadiah RM5,000 dua tahun lalu selain beberapa hadiah sagu hati bernilai ratusan ringgit.
Sementara itu, penceramah bebas yang juga perunding motivasi Human Touch Consultant, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, berkata wang yang digunakan untuk tujuan haram boleh diragui sumbernya kerana ia menyebabkan pemilik membelanjakan wang berkenaan ke jalan yang tidak diredai.

SUMBER PETIKAN HARIAN METRO

Tuesday, November 17, 2009

~ Hari Agogo ~

Agogo kau n 3 angah kali nie..fuh meletop kau... hehehee... ye la.. sesekali nak gak glamor kan?? tak kan la.. my title lombab yo.. kono la up sikit tol tak?? kali nie angah letak la n3 yg gah sikit kan?? Gambar nie masa angah ambil dalam kereta kau... tengah tunggu hubby (papanya) dok bosan gilor duo beranak dalam kereta dah tak ada keje snap..snap la.. kojeee nyerr tak ada koje lain dah..
nie cermin matanya papa qiha belikan
Smile.....qiha
"apa nie mama cermin mata qiha lari la nak betul kan jap" tunggu dulu baru la snap
Ini la keje 2 beranak tak ada keje lain asyik snap...jer.. lain tak ada... papa punya gambar nak juga letak kan??

Monday, November 16, 2009

~ Kipas Canggih ~

wah dah lama rasanya angah tinggalkan n 3 angah kat sini nie. Almaklum la angah baru jer abis cuti qiha kena demam panas last week tue yg n 3 angah terbengkali sangat... so nie n 3 angah ari ini yerr....
Kipas canggih wah kau tajuk pun dah gempak kan?? ye la ia bukannya kipas tapi ia boleh pusing macam kipas di rumah kita kan???angah tertarik lak ngan benda binatang nie.. wah kau cantik bila angah pegang masa angah kat jeram ari tue..
Di sini ada macam2 jenis orang jual. Kedai makan kau tak yah cakap la... berlambak kau... nak makan apa semua ada tapi makanan seafood la...heheheee

Wednesday, November 11, 2009

~ Sepetang di Pantai Jeram ~

wah..wah... n 3 ari nie angah nak kongsi2 sikit ngan korang.. last week angah pergi ke jeram makan2 ye la abah mertua angah yg belanja..Sebelum pergi makan tue angah singgah la ke pantai jeram...
Buat koleksi Kulit kerang nak gubah menjadi bunga kau..
adik iparku kutip kulit kerang
Ceh wah... dah macam menunggu hubby pulang dari pengkalan
Nie la hubbyku yg still ngan tak mandi waktu pergi ke jeram
ha..ha...

Tuesday, November 10, 2009

~ Majlis Cukur Jambul 3 ~

MoRnIng.... semua... ye semalam angah dah janji nak n 3 kan angah cara buat buai kan?kan?? k ari ini angah n 3 kan angah punya buai yerr ye la... masih lagi mood kenduri kau. Cantik tak buai tue..??? ye la buai nie hubby angah yg buat..
jom layan..
buai nie masa dalam pengemaskini wah..wah.. dah macam apa lak angah merapu yerrrrr
Ni lak masa tengah mengikat kainnyerrrr
Ta...da..... nie hasilnyerrrrrr
so sapa yg nak buat buai yg secantik begini panggil la.. hubby angah yer.. hehe..he...

Monday, November 9, 2009

~ Majlis Cukur Jambul 2 ~

Arr loooo sapa2 ada di n 3 angah nie??? wah..wah..wah... dah macam apa lak yerrrr nie angah nak kongsi lagi la.. masih lagi mood kenduri lagi la.. air nie angah cita lauk-pauk masa kenduri anak angah yer...
Jom layan............
Masa nie beraneka jernis lauk yg dapat angah snap..eheheeee bukan angah snap tapi hubby angah yg snap.. kah..kah..kah.... masa nie angah sibuk dengan si kecik tue qiha.. Nie lauk pertama yg ada ayam goreng berempah & daging masak kicap campur kentang fuh sedapppp menjilat jari kau semua puji-pujian dah macam lagi raihan lak yer.. Yang nie tak yah la angah cita sebut jer udang mesti kawasan rumah mak mertua angah terkenal ngan rumah anuar.. ye la abah mertua angah memang di gelar udang bila time kenduri jer dia buat udang.Tak ingat kau udang bukan kecil2 tapi besar kau...
nie udang masak rendang & pageri terung.. yang nie menu untuk budak2 kecil yang datang pada hari tue kobis masak lemak..
manakala untuk macam angah nie ulam2 , sambal belacan & ikan masin goreng..
sorry la angah tak letak gambar ikan masin, kuih muih & buah-buahan masa nie hubby angah yang sempat ambil..
sorryyyyy nie jer yg angah dapat kongsiiiii...
tunggu angah akan letakkan gambar buai... (cara buat buai)

Friday, November 6, 2009

~ ‘My Top 5 Treat List’ ~

WAH "MY TOP 5 TREAT LIST" angah sebenarnya ada impian yg masih belum lagi tercapai-capai lagi.. kalau azam 2009 semuanya dah tercapai.Is now MY TOP 5 IS..
1. Car
Angah angan2 sebenarnya nak beli kereta lagi tapi kali nie angah nak guna kereta yg angah letak kat atas tue gambar tue...almaklum la keluarga angah sekarang dah bertambah.lagi pun sekarang nie angah guna kereta proton.
2. Holiday to Guangzhou
Angah nak gi bercuti sekeluarga ke guangzhou.. melihat permandangan yg menarik kerana angah suka cuti-cuti sekeluarga
3. Handbag
angah minat sangat handbang jenama coach nie. Bukan apa angah tengah cuba untuk mendapatkannya dengan lebih stail...& brand masa kini.
4. Laptop Dell Inspiron 13
sebenarnya angah nak kan laptop nie untuk kemudahan angah menulis blog.., check email,update facebook & buat kerja part time.
Lagi pun cuba korang tengok laptop nie nampak extreme dari segi bentuknya nipis, ada 3 jenis warna sama ada kita bole pilih warna alpine white,Obsidian Black & Cherry
see the pic.
ada banyak kemudahan terkini & canggih
COPY FROM DELL
gambar yang cukup jelas & cantik. Malahan menarik perhatian setiap pengguna yang ingin menggunakannya.
5. Broadband
kenapa broadband? ye la kalau ada laptop mesti kena ada internet so bagaimana nak whrite angah punya blog?? betul tak??so angah kena lah ada brodband untuk kemudahan angah juga..
Dalam banyak2 top 5 treat list angah,angah lebih kepada laptop kerana selama nie angah write blog angah dengan menggunakan desktop di tempat kerja sebab tu la angah punya n 3 sampai hari jumaat jer..Walaupun ada banyak jenis jenama laptop tapi angah tetap nak kan laptop jenama dell ia adalah sumber inspirasi hidupku..
Related Posts with Thumbnails