Semalam angah on the way dari kajang tetiba angah terdengar berita dari radio yg menyatakan bahawa seorang artis komedi terkenal tanah air lingkungan 40-an di tahan atas sebab pengaruhan dadah..Emmm dengar jer yg seorang artis atas pengaruhan dadah angah dah mula suspek macam tahu siapa gerangan artis tersebut..jadi korang bole la baca artikal nie
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon komedi dan lima rakannya kerana disyaki mengambil dadah dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini, semalam.
Difahamkan, pelakon komedi berusia 41 tahun itu diberkas bersama lima rakannya termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an ketika di bawah pengaruh dadah oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati mereka semua positif dadah.
Difahamkan, dalam serbuan jam 10 malam itu polis turut merampas beberapa gram daun kering dipercayai ganja.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, ketika mengesahkan penahanan itu berkata pelakon terbabit bersama rakannya ditahan hasil maklumat awam dan risikan.
“Kita percaya dadah itu untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk diedarkan berikutan jumlahnya yang kecil. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan,” katanya.
Beliau berkata mereka kini direman sehingga 16 Jun untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Justeru, saya memohon orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
gambar dari goggle berita harian
Korang pun macam tak percaya kan?? sebenarnya amgah tahu serba sedikit ceritanya cuma angah malas nak mengaibkan ceritanya di dalam blog angah nie nanti tak pasal2 angah kena saman @ naik mahkamah Woooo den tak ada duit nak turun naik mahkamah tau... Malahan nak bayar saman berjuta2 pun tak ada So lebih baik angah senyap jer kan??????
Apa nak jadilah zaman sekarang nie macam2 hal tentang artis zaman sekarang nie.Cuba kita renungkan zaman Arwahyarham P.Ramli ada tak macam sekarang???? Sedangkan mereka punya filem lagi vogue.. vogue..& ada penghayatan..Renung??renungkan???