Thursday, September 30, 2010

~ TaT KaLa HaTi BeRuBah ~

Korang mesti pelik semalam sebab angah ada kata nak ke tak nak??? kan????? ok nak tahu jawpannya jom.... pollow meee hehehe
kak zaidah jawapan akan terjawab jap jer lagiiiii

Semalam angah dapat gi interview... tapi hati nie berbahagi2 angah nak pergi macam2 angah pikir masalah anak la..??? keadaan tempat la...??? Fuhh punyalah jauh nunn....Korang pun tahu kan??? sekarang nie angah dah pun duk di kajang. Jadi perantaraan sekarang nie nak ke tempat kerja punyalah jauh nunnn sana (DAMANSARA KIM)..Ngan pikir Toll, minyak & parking kan???Semua ngan duit sekarang nie??? angah kena pandai main ngan duit jika silap langkah aiyooooooo bole kantoi mehhhhh...Tul tak????

muka sebelum interview bole pakai macam nie ke??? hehehehe

Tujuan angah nak cari kerja lain bukan apa??? untuk kesenangan gak?? angah pagi dah kuar umah..kadang2 tue tak larat angah nak ke tempat kerja.. ye la..
Kul 5.15 pagi angah dah bangun siap2kan semua..mana nak kejut my hubby lagi  tul tak??? lepas tue kuar umah kul 6 pagi dah out dari sweet my home..

Nasiblah anak angah hantar kat mak kebetulan angah sehala kat tempat kerja tul tak??
Balik lak kul 5 nak angkat anak lagi lepas tue nak membasuh,memasak,mengemas & kerja rumah lah pelbagailah... serba serbi..
Jadi angah pun cubalah cari kerja yg dekat ngan rumah sikit tak kira lah area Cheras ke??? Kajang ke??? balakong ke??? seri kembangan ke?? janji dekat...

tempatnya tak lah besar macam opis korang kan??? tapi kukuh lahhhhh..... nie shop lot 2 tingkat di jadikan kilang tueeeeeeee 


So semalam angah di panggil interview .... lepas tue org tue terima angah cuma......yg pening kepala sekarang nie basic lebih rendah dari sekarang so bagaimana???? angah ada commitment yg perlu di pikul??? lepas tue dia bole suruh angah start hari esokkkk???gilerrrrrrr apa.....Fuhhhhhhhhh Feninnnnnnn
ingat nak cari penjaga anak senang macam cari makan apa???
oooo tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


P/S: ohhhh fenin angah dalam dilema nie.. nak accept ke tidak?? result nya b4 5pm angah kena call dia... yg masalah angah sabtu dah biasa cuti ..tapi nie kena kejeeeeeeeeeeeeeeeeeee......no no no no no 


Wednesday, September 29, 2010

~ ReZaKi MuRah ~

Dalam keadaan demam larat lagi tue nak pi makan.. ermmm mesti korang pelik kan?? kenapa n3 angah kali ni lain macam jer tajuk kan??? ok..jom last week angah keje lepas tue angah di serang penyakit demam terus la angah cakap ngan kawan angah nak makan benda panas2 sebab badan dah menggigil..Time lunch apa lagi angah pun turun la bawah opis...hehehe.. 
Order punya order terus di interview ngan tauke tue..terus dia bagi angpow.. hahahaa... korang tahu tak apa  angpow yg dia bagi..
ini la dia angpow yg dia bagi....kenapa pelik????

hohohoo jangan korang terkejut lak??? memang betul la... dia tak bagi duit tapi dia belanja angah. katanya semperna raya ma....so jimat duit angah masa tue.. org ada kata kan??? "REZAKI JANGAN DI TOLAK, BALA JANGAN DI CARI" betul tak???
maka murahlah rezeki angah masa tue...... aminnnnnnnn Thanks ya En.Tauke .....
Korang ada ke??? hehehhee (jgn mara)

P/S: angah ada hal hari ini macam nak pergi macam tak nak pergi..Aduhhhh macam mana nie????? please help me?????kusut??? kusut???

Tuesday, September 28, 2010

~ KeMBaLi CeRiA ~

yeepiiiiiiii hehehee... ok..ok... rindu angah ngan korang semua..alhamdulilla angah dah kembali pulih seperti biasa.. setelah makan..makan..makan ubatttt.
Angah nak ucapkan terima kasih pada korang yg sudi jenggah rumah angah nie w'pun tuan punya diri tak ada di sini sebab sakit... apa2 terima kasih sekali lagi atas nasihat korang yg suruh itu la.. ini la.. terima kasih banyak2 ye.. itu yg angah sayang korang & suka ngan korang hehehee.....(melalut la pulakkkk)
Kesihatan angah sudah kembali sedia kala.. mmmm rindu lah ngan korang.. nak dtglah umah korang so apa lagi tunggu angah yeeeeeeeeeee........
ya pagi..pagi dah tersengih kambing hehehe.....

P/S: happy...happy...happyyyy hehehehe


Friday, September 24, 2010

~ SaKit MeLaNda ~

angah tak dapat nak update hari nie.. nie pun auto tau... angah sebenarnya tak nak taip banyak sebab kesihatan angah tak menyenangkan jadi malam nie angah kena serangan demam panas yg teramat......

pic dari mr. Google 

Balik jer keje tadi terus bom......... tak tahan badan menggigil yg teramat tak tahu la kenapa nak kata minum air batu tak gak?? nak kata gi open last week tak da langsung ermmmm sedih teramattt sangat tekak perittt badan mengigil tapi yg pelik sempat lagi tue buat n3..
pic dari mr.google

hubby balik tadi suruh makan ubattt ok angah nak sambung tidooo..tak larattttt

P/S: angah tak tahan sangat nie kepala berdenyutttttttt.....sakit melanda rosak program this week nak gi open & walimatulurussss.. Sorryyyy kawan2 kalau tak dapat dtg keadaan tak mengizinkan....


Thursday, September 23, 2010

~ bIeNdA MeNgHiTuNg HaRi ~

Sekarang lepas jer habis puasa.. kebanyakkan org sibuk buat majlis kahwin.Senang cerita berlumpa2 la...Malah Time Raya nie pun yg buat open house pun ada gak???ermmmm pagi nie angah dapat berita yg pelakon & penyanyi bertudung kecik molek anak kepada penyayi dangdut akan berkahwin next month macam tak caya jer kan?? bila angah beca rupa2nya betul so korang kalau nak tahu baca kat bawah nie ye..

gambar dari BH 
Angah memang minat dia berlakon sebab dia punya suara unik...

Bienda masih perlukan keluarga jadi penasihat untuk perkahwinannya 

PERTEMUAN dengan Bienda yang diatur untuk sesi temu bual dan fotografi ini sepatut dapat bermula dan diselesaikan dengan lebih awal. Bagaimanapun, ia menjadi agak lewat kerana Bienda kurang sihat. 

Dia hampir membatalkan sesi ini pada saat akhir tetapi mengenangkan sudah berjanji, Bienda tetap mengotakan janjinya itu bagi tidak menghampakan harapan Hip yang mahu merakamkan gambarnya dalam persalinan pengantin. Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 25, kini sedang menghitung hari bergelar isteri. Bulan depan, dia dan jejaka yang sudah dikenali tiga tahun lalu bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri. Bila tarikh pernikahan serta lokasi yang bakal menjadi detik keramat kepada dua hati ini, masih menjadi rahsia mereka. Bienda hanya memaklumkan kepada media pada majlis persandingannya yang berlangsung pada 8 Oktober di Selayang, Selangor nanti. 

Kelihatan tenang tanpa, anak kedua daripada tiga beradik ini mengakui tidak sabar untuk menjadi isteri. Tidak seperti wanita lain yang berdebar menantikan hari bahagia mereka, Bienda pula berdebar memperkenalkan calon suaminya buat pertama kali kepada khalayak. 

Biarpun masih muda, Bienda tidak gentar memikul tanggungjawab berumahtangga. Namun, terlebih dulu nasihat daripada ibunya Sheeda yang pernah melalui jatuh bangun dalam episod rumah tangga dijadikan panduan artis kelahiran Kelantan ini. 

Memang mama adalah penasihat Bienda kerana pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga. Mama selalu nasihatkan Bienda dari segi kesabaran. Paling penting katanya, dalam hubungan rumah tangga perlu ada kesabaran kerana mama tahu Bienda jenis cepat marah, katanya yang bakal menggayakan tema Arab serta Bollywood pada majlis persandingan di sebelah keluarganya. 
Bienda juga ternyata beruntung apabila banyak pihak sudi menghulurkan tajaan pada hari istimewanya. Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia serta bakal suami tidak mengeluarkan belanja satu sen pun untuk majlis perkahwinannya. 

Katanya, dia masih perlu mengeluarkan wang. Malah mereka sudah mula menyimpan dan membuat persiapan sedikit demi sedikit untuk tidak menyusahkan keluarga. 

Bienda memang tak harapkan bantuan kewangan dari mama, kerana tak mahu menyusahkan dia. Bienda faham mama pun ada keluarga sendiri, sebab itu sejak merancang untuk berkahwin, Bienda dan bakal suami sudah mula menyimpan. 

Bagaimanapun, ini bukan bermakna Bienda mengetepikan mama dalam soal persiapan perkahwinan. Bienda masih merujuk pada mama terutama, soal menguruskan tetamu untuk diundang ke majlis kami nanti. Mama sudah bersusah payah membesarkan Bienda, kalau boleh Bienda tak mahu menyusahkan dia. Kami bukannya berasal dari keluarga senang, jadi sejak membuat perancangan berkahwin, Bienda memang bekerja keras. 

Bagi Bienda cukuplah pada hari bahagia nanti, semua orang yang Bienda sayang ada di samping Bienda. Fasal duit biarlah Bienda uruskan sendiri, sebab itu Bienda terima apa saja tawaran yang datang, termasuk berniaga sepanjang Ramadan lalu bagi menambah lagi simpanan kami, kata wanita itu yang mengakui beruntung mengenali bakal suaminya. 

Bukan saja seorang penyokong kuatnya, jejaka berkenaan juga berjaya membuatkan Bienda berasa selesa tatkala bersama dengannya. Malah dia seorang yang lemah lembut serta memahami kehendaknya. Jejaka yang bertugas di salah sebuah stesen televisyen itu juga tidak pernah menghalang minat bakal isterinya meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian, mahupun lakonan setelah berkahwin nanti. 

Bienda harap perkahwinan tidak menghalang kerjaya dalam bidang seni. Bienda terbabit dalam dunia seni disebabkan minat, jadi Bienda berharap peminat akan terus menerima Bienda walaupun setelah Bienda berkahwin, katanya. 

Bercerita mengenai zuriat pula kata Bienda, dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata sekiranya ada rezeki. Namun dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat zuriat dalam waktu terdekat kerana bimbang dirinya hampa. 

Saya tidak kisah sama ada cepat atau lambat dikurniakan zuriat. Kalau boleh tentulah saya mahu segera mendapatkan zuriat tetapi saya tak mahu terlalu berharap nanti bimbang akan kecewa. Setakat ini kesihatan saya tidak menjejaskan impian saya untuk mendapatkan anak, katanya yang mengimpikan untuk mendapat anak kembar. 

Elak adegan 'pegang-pegang' 

BIARPUN statusnya nanti bakal berubah, tumpuan gadis kelahiran Kelantan ini terhadap kerjaya seni tidak akan padam. Bakal suaminya juga tidak pernah menghalang minatnya untuk terus berlakon dan menyanyi. 

Bagaimanapun kata Bienda, sebagai isteri dan wanita bertudung, dia memang selektif soal watak sejak dulu kerana bimbang mencetuskan sensitiviti. Walaupun bakal suaminya menyokong apa saja yang dilakukan, Bienda tetap bertanyakan pendapatnya. 

Bakal suami seorang yang sangat memahami dan dia juga memberi kepercayaan 100 peratus kepada saya, tetapi saya lebih suka bersikap terus terang dalam setiap pekerjaan yang mahu dilakukan. Jadi setiap kali dapat tawaran, saya akan minta pendapat dia terlebih dulu. 

Sebelum berkahwin lagi sebenarnya saya agak memilih karakter untuk disesuaikan dengan imej saya. Alhamdulillah kebanyakan penerbit dan pengarah memahami, jadi mereka hanya memberikan watak yang bersesuaian dengan imej saya yang bertudung. 

Saya juga cuba mengelak adegan pegang-pegang jika membabitkan watak suami isteri, katanya yang mengakui kecewa dengan perkembangan kerjaya nyanyiannya. 

Kata Bienda lagi, dia berhasrat untuk menghasilkan sebuah single selepas berkahwin nanti. Menurutnya, kerjaya lakonan ternyata banyak membantunya kerana wang menghasilkan album keduanya dulu juga diperoleh hasil dari wang lakonan. 

Dia yang mendapat banyak pujian ketika membintangi filem 4 Madu bersyukur kerana kehadirannya dalam bidang lakonan semakin diterima. Namun kata Bienda, kejayaan itu tidak akan diraih tanpa bantuan dari rakan-rakan seperjuangan serta pengarah. 

Dalam filem 4 Madu saya cuba mencari kelainan dengan membawakan watak wanita bertudung yang tamak. Saya tak mahu dilihat wanita bertudung mesti bawa watak baik, ia seakan klise. 

Sikap peribadi saya pun tidaklah seperti itu, jadi saya sengaja memilih membawakan watak sedemikian dan nampaknya Profesor Madya A Razak Mohaideen menerimanya, katanya. 




P/S: Hari ini angah tak sihat tekak perit & kepala sakit rasa macam nak demam jer..

Wednesday, September 22, 2010

~MaNuSia BeRtOpEnGkAn BiNaTaNg ~

Masih ada lagi manusia yg bersifat binatang ...ya allah tergamak diorang melepaskan nafsu pada anak2 mereka demi kepuasan..subhanallah kenapa jadi macam nie..dunia..dunia..
Susah nak cakap lepas satu kes datang lagi 1 kes.ermmmm apa nak jadi la.. diorang nie..itu org kata manusia bertopengkan haiwan betul tak????
Korang baca & renung2kan lah...


gambar dari mr.goggle sebagai hiasan
Binatang pun tahu sayangkan anak....





Hakim anggap bapa tak rasa kesal seperti haiwan

KOTA BHARU: Saya menyifatkan taraf awak sama seperti kambing dan lembu kerana sanggup melakukan perbuatan menjijikkan ini terhadap anak sendiri, kata Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal L Salleh, sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh sumbang mahram, di sini, semalam. 

Sebelum itu, Zainal bertanya kepada tertuduh yang mengaku bersalah merogol anaknya yang berusia 15 tahun sama ada dia mempunyai rasa malu atau menyesal dengan perbuatan menjijikkan itu? Tertuduh yang dihukum penjara 20 tahun dengan 20 sebatan hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum dan menyatakan dia tidak berasa apa-apa. Tertuduh berusia 37 tahun dari Tanah Merah didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak sulungnya di rumah mereka pada jam 6 petang pada 27 Februari 2009 dan pada jam 5 petang pada 10 April 2009. 

Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Nooriah Osman. 

Berikutan pengakuan bersalah tertuduh, Nooriah memohon hukuman paling berat memandangkan perbuatannya jenayah serius yang perlu dibanteras bagi memberi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat. 
Sebagai bapa, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung anak perempuannya yang sedang membesar, namun gagal menjalankan tanggungjawabnya, malah tergamak merogol darah daging sendiri, katanya. 


P/S: Harap2 hari nie semua berjalan ngan lancar...amin.... angah pose hari nie hehehe.....

Tuesday, September 21, 2010

~ PeRTuNaNgAn Di RaYa Ke-2 ~

Semalam angah cerita tentang raya pertama tapi tak banyak pic yg angah ambil kan???kan??? candid...candid yg terkejut pun tak ada....Bukan angah tak nak ambil tapi..... ada perkara yg berlaku semasa hari raya....Angah tak bole ceritakan tapi angah hanya bole bagi tahu klu jer..Atas buatan orang...kalau org dah dengki macam2 cara dia bole buat betul tak??? lagi2 ngan cara halus.....ok stop!!!!!! 
Masa raya ke-2 sepupu husband angah bertunang opssss bukan perempuan kau lelaki yer... jadi kitaorang pergi menghantar segala2 yg di janjikan??? 
oppsss tak ingat la berapa dulang????aiiyooooo angah lupa la sebab macam2 berlaku masa di kampung..lepas tue angah pun apa lagi sempat la.. snap2 ngan gegirl dalam kereta sebelum bergerak...
gambar yg sempat megedik ngan gegirl pasti adooo yooo..

Semasa majlis di jalankan sempat la lagi angah mencuri snap..snap gambar yg org kata darah manis uuuu...
hantarannya RM 10,000.00 serba 1 & mas kahwinnya lak... RM 1005 uuuu...Terbeliak angah dengar perbualan pihak sebelah. Angka2nya bole membuat angah fuhhhh..tinggi gak kan?? tapi bila di pikir2 berbaloi la.. nama pun Cikgu kau..
Sepupu hubby angah kata apa korang tahu tak???? "Tak pe kita labur dulu.. nanti keuntungannya berlipat kali ganda kau" ishhh apa punya lelaki da........ hahhahahaa....

gambar semasa majlis berlaku yg warna putih tue la berdarah manissss.....
 Hubby angah sempat mengusik nie sapa yg nak tunang nie yg baju puith @ kelabu nie???? 
Yang warna putih simple jer.....So angah yg vogue kan????kan???? hahahhaa...
tak salah kan kalau nak jadi mama vogue

P/S: Hati sebenarnya bercampur baur  nie...kejap suka..kejap sedih.....ermmmmmmm....kenapa yer?????  


Monday, September 20, 2010

~ SyAwaL 2010 ~

Fuhh pejam celik pejam celik kejap jer dah 11 syawal cepat betul masa berlalu kan??? sedar tak sedah masa berjalan begitu pantas sekali tup..tup dah hujung tahun lepas tue kembali balik ramadhan & syawal.
Masa Raya pertama ari tue turn angah beraya di rumah mak mertua.Tapi angah beraya di saujana putra rumah abg ipar.... Lepas sesi sembahyang & bersalaman barulah angah & hubby gerak ke perak, gopeng utk beraya nun di desa pula.. 
Sorry lah yer.. gambar utk tatapan tak dapat angah snap terlalu banyak sebab sibuk pack2 barang utk pulang ke kampung. hanya nie jer yg dapat angah kongsikan ngan korang semua..
nielah gambar paga pagi syawal..
Tema kami purple hehehe 

P/S : mata nie ngantuk jer.. tak larat nak sungguh nak balik..balik...balik... mood tak ada....

Friday, September 17, 2010

~PeMbUnUhAn kEjAm SoSiLaWaTi & HaSil JuALaN TaNah RM 29 JuTa ~

Wah rasa lama angah tak tengok blog nie kan??? dah bersawang agaknyer....ooooohhhh no... angah mesti update blog nie balik..ye la...banyakkkkkkkkk story yang angah nak kongsi ngan korang semua...bak kata org biar lambat asalkan selamat hehehe....sebelum tue belum terlambat lagi angah nak ucap pada korang semua SELAMAT HARI RAYA....almaklumlah raya kan sebulan... pada yg memberi ucapan pada angah terima kasih bebanyak kat korang semua.. sudi gak terjah blog angah yg bersawang nie kan???ooo Sebelum tidak lupa gak angah nak ucapkan SALAM TAKZIAH pada ahli keluarga  Sosilawati moga rohnya di cucuri rahmat, amin..
Bertapa zalimnya.. org yg membunuh arwah sebegitu rupa sungguh menghayat hati & perasaan apa yg bole di katakan semoga cepat2lah selesai kes sosilawati ini..


Baca artikal dari berita harian:-  




LOKASI kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat. pic from BH




KUALA LUMPUR: Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan sebidang tanah di Pulau Pinang milik mereka dan dua lagi rakan kongsi.

Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.

Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.
Seorang rakan kongsi tanah itu memberitahu Berita Harian, mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.

“Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli tanah itu. 

“Apabila tanah itu dijual pada 2009 dengan harga RM29 juta, kami sepatutnya berkongsi keuntungan RM4 juta, bagaimanapun kami tidak menerima pulangan yang dijanjikan daripada peguam terbabit sehingga kini, kecuali modal,” kata ahli perniagaan bergelar Datuk itu yang tidak mahu namanya disiarkan.

“Kami pernah bertanyakan hal itu kepada suspek, namun dia memberikan alasan proses penjualan tanah belum selesai... ada kaveat ke atas tanah itu menyebabkan proses menukar nama tidak dapat dilakukan tanpa perintah mahkamah. 
“Malah, suspek sentiasa menjelaskan kepada kami bertiga proses itu bukan mudah dan mengambil masa kerana membabitkan banyak prosedur mahkamah, selain meminta kami bersabar,” katanya.

Ahli perniagaan itu berkata, kali terakhir mereka berempat bertemu kira-kira dua bulan lalu bagi membincangkannya, bagaimanapun suspek memberi alasan urusan berkenaan belum selesai.

Beliau mengaku mereka berempat sebagai rakan kongsi selalu berhubungan melalui telefon.

“Saya terkejut membaca mengenai kehilangan Sosilawati, disusuli berita pembunuhannya yang dikaitkan dengan peguam kami. Lebih mengejutkan cara Sosilawati dibunuh bersama tiga yang lain,” katanya.

Sosilawati, pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages; pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, seorang lagi ahli perniagaan bergelar Datuk berasal dari Selangor mengesahkan beliau yang membeli tanah berkenaan pada harga RM29 juta daripada mereka berempat, tahun lalu.

Beliau yang meminta identitinya dirahsiakan, bagaimanapun menjelaskan bayaran tanah itu masih belum selesai sepenuhnya berikutan prosedur mahkamah.

“Setakat ini, saya sudah membayar wang pendahuluan 10 peratus (RM2.9 juta) dan hanya menunggu proses kelulusan untuk bayaran penuh,” katanya mengesahkan sudah menerima beberapa dokumen daripada suspek berhubung pembelian tanah itu dan percaya semua proses mengikut saluran undang-undang.






P/S : Macam2 angah dengar kes sosilawati nie tapi angah tak nak mengaibkan org biarlah angah saja yg tahu...Tapi betul ke????

Wednesday, September 8, 2010

~ BeRmaAfan SeSama Kita ~

ambil lah kad ini sebagai pengganti diri semua....

Semperna lebaran yg bakal tiba angah dengan ini mengurapkan selamat hari raya aidilfitri mohon maaf zahir & batin eh ada ke batin ngan korang ye???? ermm tak kisahlah...Sekiranya angah ada membuat korang TERkasar bahasa,TERmengumpat,TERmengata,TERmengutuk,TERkomen lebih2 &.TER..TER lah semua..Semua berkenaan dengan dosa la.. org cakap..angah menyusun 20 jari termasuk kaki sekali memohon keampunan dari korang semua...insya allah jika umur panjang akan bersua kembali....amin
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA....

P/S: angah akan bercuti sementara untuk update blog ok...bye2 insya allah im come back on 17/09 yerrrrrrrrr raya...raya...raya....raya....


Tuesday, September 7, 2010

~ 2 KeReTa MeWah MiLik SoSilAwAti & PeGuAm Di TeMui ~

Sekarang nie ada duit salah x ada duit pun salah..hidup memang memerlukan duit zaman sekarang nie..Berkisah tentang duit sekarang nie angah nak kongsi ngan korang berkenaan dengan seorang jutawan kosmetik di lapurkan hilang ikuti ceritanya di UTUSAN MALAYSIA


kereta milik jutawan yg di temui


SUBANG JAYA 6 Sept. - Siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menunjukkan perkembangan apabila kereta milik beliau dan peguamnya ditemui di dua lokasi berbeza malam ini.
Kereta BMW milik Sosilawati, 47, ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.
Difahamkan, seorang peniaga yang mengecam nombor plat kereta Sosilawati menerusi berita di televisyen melaporkan penemuan itu kepada pihak polis pada pukul 9.30 malam.
Peniaga itu menonton berita mengenai kehilangan jutawan itu yang turut mendedahkan nombor plat kereta yang dinaikinya dan apabila dia turun ke bahagian bawah pangsapuri berkenaan selepas itu, dia nampak kereta dengan nombor plat sama ada di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut lalu melaporkannya kepada polis.
Selepas menemui kereta Sosilawati, difahamkan polis mendapat maklumat mengenai kereta BMW milik peguam itu di sebuah kawasan perumahan berhadapan hotel tersebut lalu bergegas ke lokasi berkenaan.
Polis menemui beberapa kesan cap jari pada kereta berkenaan dan usaha sedang dilakukan oleh bahagian forensik untuk mengesan pemiliknya.
Kedua-dua kereta berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan.
Dalam pada itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tengah hari ini berkata, polis akan meneliti senarai panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) akhir yang diterima atau dibuat oleh kesemua mereka yang hilang itu bagi memperoleh petunjuk mengenai kes tersebut.
''Pihak polis sedang menunggu data panggilan daripada syarikat telekomunikasi dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai.
"Yang pasti, mesti Sosilawati ada membuat atau menerima panggilan dan SMS sebelum beliau dilaporkan hilang," katanya.
Musa memberitahu, polis membuat siasatan daripada pelbagai sudut dan sebarang kemungkinan turut diambil kira bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman pula ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan suami Sosilawati bagi membantu siasatan kehilangan isterinya.
"Suaminya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 3 petang tadi," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan di rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak, hari ini mendapati kediaman tersebut tenang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Sosilawati dilaporkan hilang bersama tiga lagi iaitu pemandunya, peguam peribadi serta seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lalu.
Pemilik syarikat kosmetik, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor untuk menemui peguam atas urusan pembelian tanah di Pulau Pinang dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.


macam2 sekarang nie entah kemana la.. jutawan tersebut hilang...Tanda2  1 demi 1 sudah di jumpai sekarang nie cuma tinggal jutawan sahaja masih belum di temui lagi..Raya hampir tiba malah ramadhan akan mengundur..Kenapa sepekara begi berlaku???? hampir setiap tahun mesti ada yg hilang.. Ingat lagi tak kisah arwah Adik Nurin????

P/S : Raya..raya...raya... hooorayyyyyyyyyeeeeee

Monday, September 6, 2010

~ PeRsIaPaN SyaWal Di HuJuNg2 ~

Kalau ikutkan tinggal 3 hari saja kita menikmati bulan ramadhan pada tahun ini..Insya allah jika tiada apa2 kita akan beraya pada hari jumaat ini. Di akhir ramadhan masih ramai lagi yg membuat persiapan hari raya yang bakal tiba. 
Ada yg buat kuih, beli baju raya,kasut,cari kuih raya & sebagainya.. Semuanya mencari barang2 keperluan di akhir2 ramadhan. org kata last minute la.. Salah satunye angah la siapa lagi..
Minggu lepas hari sabtu malam angah ajak la hubby gi ke 1 tempat korang mesti tahu kan sapa yg duk KL & selangor ..DOWNTOWN CHERAS..Punyalah excited angah pergi kul 9.00 malam kau..Sampai2 ambik kereta berderet panjang.. Hubby pun jenis malas nak teruskan destinasi tersebut terus dia return balik..
( sorry pic tak ada la...)
Ermm keesokkan harinya angah pun ajak la hubby gi ke Stadium shah alam (pasar karak) lepas tue terus perkara yang sama gak berlaku..ermm ambikkkkkkk...
kereta punya la panjang berderet....

Korang nampak tak..apa yang terjadi akibat buat persiapan lambat..ermm belum masuk lagi kat Jalan TAR, Shopping complex & sebagainya ermm...sabar jer la.... angah kesini pun nak cari kuih rayaaa.......
Enottttttt angah nak beli kuih kau tapi tak dapat wa..wa..wa...wa... kuih dia sedap oooooooo.....
mana tak sedap kan?? dah kuih tunjuk cuba buat??????

P/S: mood keja hari ini tak ada macam malas jer... almaklum la... raya nak dekat lak tue..Cuti tak ada....... 
esok nak raya pun masih keje ooooooooooo

Saturday, September 4, 2010

~ OpEraSi KeMas2 ~

Hari ini hari sabtu kan?? jadi paham2 la nie baru jer bangun tido hehehe..eh mama sapa la nie kan?? hehe hohohoho korang jgn salah paham lak?? angah pagi dah bangun tau.. kul 4 dah tong..teng.. kat dapur buat juadah bersahur..mm tak macam korang kan?? hehehe jgn mara ye.. Jadi hari ni bangun jer terus kemas2 bilik rumah cuci tandas pasal apa next week dah raya so.. kena lah angah kemas2 tak nak nampak selerak kan.. buang apa yg tak perlu simpan apa yg perlu ye.. jadi pada yg pening2 jom la dengar lagu terbaru m.nasir & salih yaakop jom layannnnnn...

 
motifnyer jgn pening yeee

P/S : angah kemas dulu yeeeeee... hehehe

Friday, September 3, 2010

~ PeNdaPaTan CePaT KaYa ~

Semalam angah pergi ke bazar ramadhan kat rumah.. cari punya cari..akhirnya jumpa benda yg hendak di makan..Tetiba jer nafsu makan nie dah macam org tamak.. ambik ko..beli sekali 2 bungkus. Eh bukan untuk angah ye tapi untuk emak.. sebungkus. Apa tue ya..???ooo angah tetiba nak makan laksam..korang kenal tak makanan LAKSAM tue apa??itu makanan org pantai timur....mana yg tahu tue bagus la... Angah tak dapat nak kongsikan gambar yg angah beli la sorry ye..
Lak tue angah pun jalan la.. lagi. terjumpa la kuih nie...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nie kuihnyer....

korang panggil kuih nie kuih apa?? angah panggil kuih nie kuih kole kacang..angah pun beli la RM 2 
Sampai rumah tak sabar tengok kuih tue masa di bazar ramadhan rasa macam nak makan jer terus tapi.. pose tue hehehe...
Lepas time buka dalam kul 9.30 angah pun baru la makan kuih & laksam ambik ko..apa yg angah rasa???
Org kata INDAH KHABAR DARI RUPA.. ye la rupa masa kat bazar memang nampak sedap tapi bila dah makan..... eee betul2 nak untung cepat la...geram angah tengok...ermm cukup la.. itu la sekali & terakhir angah beli kat kedai cik abg tu ye.. next..next..next year tak akan harap la...

P/S: Semalam angah dapat panggilan emergency anak angah kena muntah2 x sihat jadi tak sempat nak gi rumah korang ari nie angah gi ye..

Thursday, September 2, 2010

~ PeRsIaPaN SyaWal KaNak2~

oo ya.. tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut ketibaan syawal.. Kita bole mengira dengan jari jemari aja  untuk menyambut ketibaan syawal.
Malangnya angah tahun nie belum sempat lagi menyediakan persiapan untuk menyambut ketibaan syawal. Segala bahang2 syawal sudah didengarinya..cuma tunggu ianya tiba..
Bagi kanak2 syawal yang tiba pasti membuatkan diorang gembira kerana kanak2 mendapat baju baru & angpow raya..
Bagi dewasa pula.. mereka pasti gembira kerana dapat bertemu sanak saudara tidak kira di jauh & dekat.
Angah pula tidak sempat lagi nak menyediakan persiapan raya...segalanya hampar belaka...
sampul jer duit ada ke???? hehehe

Apa ayat angah skema sangat pagi nie...x mo..x mo..x mo...
korang tengok je la sampul raya duitnya ermmm...entah la....


P/S : Hari ini angah tak ada mood sangat2.......kerana angah ada masalah besar tidak dapat kongsikan atas urusan keluarga........

Wednesday, September 1, 2010

~ BeTul Ke Tidak??? ~

Salam semua... alhamdullilah sudah 22 hari kita berpose mudah2an segala yg kita lakukan diterima oleh -Nya.. amin...
Semalam angah ada dapat 1 email dari FB angah nak sebar2kan pada korang semua.. tapi macam percaya or tidak jer email yg angah dapat ni. Emailnya berbunyi macam nie..

gambar dari cik goggle la.... (gambar sebagai hiasan..)

salam...bacer nie.......Semalam....siaran RTM ...di Negeri Pahang.... tergempar ....ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya........ · salam...........kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain...Amanah!! Wallahualam...   KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA   Jgn skip utk bace nieh....¿¿...¿¿...¿¿Message:...¿¿Sebarkan kalu sayang pada islam>..BAHAYANYA KARTUN  POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya??? POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi,..>CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah(..nauzubillah) ...... jadi.... tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua......> Protect Our Population Of Islam.... sumer org yg ade yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni: anamuslim_...cute_ 97@yahoo. com die cuba nak murtadkan org Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!!

ermm so sekarang pandangan korang macam mana??? Wallahualam.... angah sendiri pun tak pasti betul or tidak????

P/S : hari nie still tak dapat gaji lagi arrrrrr geramnyer selalu macam nie angah sorang yg lambat.....
Related Posts with Thumbnails